Lauk sayur daging cincang ini memang merupakan hidangan versatile yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis roti seperti roti biasa, roti canai atau paling ngam, roti capati.
Banyak sebab yang membuatkan anda wajib cuba hidangan ini sepertinya, mudah dan pantas, bahan-bahan ringkas serta paling penting sedap dan jimat.
Anda juga boleh menambah terung dan kacang panjang di dalam resipi mengikut citarasa tersendiri. Apa tunggu lagi, jom cuba!
Baca lagi: Resipi Sambal Terung Ikan Bilis, Sedap Sangat Makan Tak Puas!
RESIPI SAYUR DAGING CINCANG
Bahan-Bahan:
- Daging cincang
- Sayur sawi (1-2 ikat, apa-apa jenis pun boleh)
- Bawang putih 3-4 ulas (boleh tambah bawang besar jika suka)
- Cili padi 3-4 biji (tambah jika suka lebih pedas)
- Sedikit rempah kari untuk perisa
- Serbuk perasa dan garam secukupnya
Cara-Cara:
1. Cincang halus sayur sawi.
2. Racik bawang putih dan cili padi hingga halus.
3. Tumis bawang putih dan cili padi dalam kuali sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan sedikit rempah kari dan kacau rata.
5. Tambahkan daging cincang dan gaul hingga daging tersebut mula mengeluarkan airnya.
6. Setelah daging masak, masukkan sayur sawi yang telah dicincang.
7. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam mengikut selera.
8. Siap! Sedia untuk dihidang.
Sumber: Shakirah Salleh
Baca lagi: Cara Bezakan Udang Laut & Udang Bela, Yang Mana Satu Lagi Sedap?