Hari ini jom cuba resipi kek minyak bunga rose yang gebu gebas macam bantal. Resipi ini mudah dan boleh dimasak sama ada kukus atau bakar.
Pemilik resipi ini iaitu Cik Puan Nora Alhakim Nora juga mencadangkan supaya lebihkan sukatan susu pekat. Hasilnya, kek jadi lebih sedap dan lembut.
Sesuai dihidangkan untuk minum petang mahupun majlis kecil-kecilan. Jom cuba!
Baca lagi: Tak Ramai Tahu Kewujudan ‘Pisang Blue Java’, Rasa Seperti Aiskrim Vanilla!
RESIPI KEK MINYAK BUNGA ROSE
Bahan-bahan:
- 4 biji telur (saiz B)
- 3/4 cawan gula pasir
- 2 sudu besar susu pekat (Ciknora lebihkan sikit, lagi sedap!)
- 1 sudu besar ovalet
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Sedikit esen vanila
- 1/2 cawan minyak masak
- Emelco (pilih ikut selera: red velvet, pandan, atau keladi)
Cara Penyediaan:
1. Pukul telur, gula pasir, susu pekat, dan ovalet menggunakan mixer sehingga adunan jadi kembang dan gebu.
2. Ayak dulu tepung gandum bersama baking powder, kemudian campurkan ke dalam adunan telur tadi. Tambahkan sedikit esen vanila untuk bagi wangi. Kacau sebati menggunakan mixer.
3. Akhir sekali, masukkan minyak dan kacau sekejap guna mixer sehingga semua bahan sebati elok.
4. Bahagi adunan jika nak buat pelbagai warna atau perisa. Tambah emelco pilihan anda, seperti red velvet, pandan, atau keladi. Gaul rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan bunga mawar atau acuan pilihan. Kukus selama 15 minit atau hingga kek masak. Pastikan tutup kukusan dengan kain supaya air tak menitik atas kek.
6. Kalau nak bakar, tuang adunan ke dalam loyang yang dah disapu dengan minyak atau mentega. Bakar pada suhu 170-180°C selama 45 minit atau sehingga kek masak. Ikut oven masing-masing ya, sebab masa memasak mungkin berbeza.
Selamat mencuba!
Sumber: Nora Alhakim Nora
Baca lagi: Burnt Cheesecake Air Fryer Anti Gagal, Resipi Ini Boleh Siap Dalam 30 Minit!