Roti sosej bawang putih berkeju ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga membuatkan anda tak sabar nak makan. Gabungan roti yang rangup di luar, lembut di dalam, bersama sosej serta sapuan mentega bawang putih dan keju yang cair, benar-benar mengundang selera.
Resipi ini juga sesuai dijadikan idea bekal untuk anak-anak anda ke sekolah kerana masa penyediaan juga kurang dari 30 minit.
Jom kita baca resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Cara Buat Kek Sunquick 5 Bahan, Nak Lagi ‘Moist’ Kena Letak Ini
RESIPI ROTI SOSEJ BAWANG PUTIH
Bahan-Bahan yang Diperlukan:
- Roti slice pilihan
- Sosej pilihan
- Softened unsalted butter
- Kewpie mayonnaise Japanese style
- 1 sudu besar bawang putih cincang halus
- Black pepper
- Garam
- Chilli flakes
- Dried parsley
- 1 biji kuning telur
- Parmesan cheese
Cara-Cara Penyediaan:
1. Ambil sekeping roti slice pilihan anda dan letakkan sosej di tengah roti tersebut.
2. Kemudian, lipat hujung roti dengan cara bertindih di bahagian atas sosej. Cucuk dengan lidi atau tusuk gigi supaya lipatan tersebut kekal di tempatnya dan terkena sosej di bahagian dalam.
3. Dalam satu mangkuk, campurkan mentega unsalted yang telah dilembutkan dengan bawang putih cincang halus, mayonis Kewpie, kuning telur, lada hitam, garam, chilli flakes, dan parsley kering.
4. Gaul bahan-bahan tersebut hingga sebati untuk membentuk sapuan bawang putih.
5. Setelah sapuan siap, sapukan campuran bawang putih tadi pada keseluruhan permukaan roti dan sosej, pastikan setiap sudut roti disaluti dengan baik.
6. Susun roti yang telah disapu sapuan bawang putih tadi dalam air fryer. Pastikan roti disusun rapat tetapi tidak bertindih supaya ia boleh masak dengan sekata.
7. Taburkan keju Parmesan di atas setiap roti untuk memberikan rasa keju yang sedap ketika dibakar.
8. Tetapkan suhu air fryer pada 180°C dan bakar selama 7-15 minit bergantung kepada jenis dan prestasi air fryer anda.
9. Pastikan roti dibakar sehingga keemasan dan keju di atas mencair serta sedikit garing.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aisyah
Baca lagi: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!