roti celup telur​

Roti celup telur​ sardin ini pasti digemari oleh anak-anak. Ibu-ibu boleh membuatnya sebagai sarapan atau bekal untuk mereka sebelum ke sekolah.

Jika tidak suka berminyak, anda boleh mengurangkan minyak atau tidak menggunakan minyak langsung semasa proses memasak.

Resipi ini cukup mudah dan ringkas kerana hanya menggunakan bahan asas yang sedia ada di rumah. Tak perlu susah-susah keluar membeli.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba roti celup telur sardin ini, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Rosni Badrum Deqnie Badrum di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Goreng Budak Sekolah, Rangup Dan Tak Serap Minyak!

RESEPI ROTI CELUP TELUR​ SARDIN

Bahan-bahannya

  • Roti putih keping panjang 1 ½ buku
  • Sardin dalam tin besar 1 tin, lenyek halus bersama kuah
  • Telur ayam 5-6 biji
  • Bawang merah 5 ulas, cincang
  • Bawang putih 1 ulas, cincang
  • Cili padi (pilihan) 6-7 biji, cincang
  • Cabai besar 3 biji, cincang
  • Daun sup sebatang kecil, cincang
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis perah sedikit

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan di atas.
  2. Celupkan roti yang telah dibelah dua ke dalam campuran tersebut.
  3. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti sehingga keemasan.
    roti celup telur​
  4. Siap untuk dimakan!

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Rosni Badrum Deqnie Badrum

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN