resipi scone

Resipi scone ini hanya menggunakan 3 bahan utama sahaja. Sesuai untuk anda mencuba sendiri pastri yang berasal dari negara British ini.

Scone ini mudah diikuti dan sangat sesuai untuk dinikmati bersama jem strawberi dan krim semasa minum petang. Buat sendiri, lebih puas makan!

Namun begitu, anda perlu berhati-hati jangan bakar terlalu lama kerana ia boleh menjadikan scone keras. Pastikan permukaan hanya keperangan untuk tekstur yang lembut.

Jom baca resipi lengkap di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Sambal Goreng Sedap, Bila Makan Terus Lupa Semua Masalah

RESIPI SCONE 3 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 115g mentega (sejuk)
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan krim atau susu segar
  • *Jika suka manis, boleh tambahkan sedikit gula perang (pilihan)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan tepung naik sendiri dan mentega sejuk dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan krim atau susu sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh yang tidak terlalu lembik.

3. Canaikan doh supaya sedikit nipis. Kemudian lipat doh seperti melipat baju untuk menjadikannya lebih berlapis.

4. Uli doh sekali lagi dan ulang langkah mencanai serta melipat untuk memastikan doh lebih lembut.

5. Gunakan acuan bulat untuk menerap doh. Jika tiada acuan, boleh bulatkan doh dengan tangan secara manual.

6. Susun scone di atas dulang pembakar. Anda tidak perlu merenggangkan scone terlalu jauh kerana ia tidak mengembang terlalu banyak.

7. Sapu permukaan scone dengan campuran telur dan sedikit susu segar untuk memberi warna keemasan yang cantik selepas dibakar.

8. Bakar scone dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 250°C selama kira-kira 15 minit atau sehingga bahagian atas scone keperangan.

9. Setelah siap, keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan bersama jem strawberi, mentega, dan krim putar.

Sumber: Umie Nurhayati

Baca lagi: Resipi Sup Mi Udon, Sangat Mengasyikkan Hirup Sewaktu Panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN