makanan creamy

Apabila ke restoran atau kafe yang hidangkan makanan Barat, kadangkala kita akan berdepan dengan masalah untuk habiskan makanan creamy kerana ia terasa muak apabila dimakan.

Hal ini disebabkan makanan yang disediakan biasanya tak dimasak secara pedas kerana menu begini boleh dimakan oleh kanak-kanak dan tak kurang juga ramai yang sukakannya.

Jika anda mempunyai hasrat untuk memasak makanan creamy di rumah, kami cadangkan anda dengan tips di bawah supaya dapat mengelakkannya menjadi muak. Jom kita tengok!

Baca juga: Tips Elak Kentang Hitam Selepas Dikupas, Biar Satu Malam Pun Tak Apa!

TIPS ELAK MAKANAN CREAMY JADI MUAK

1. Letak chilli flakes.

makanan creamy

Chilli flakes ini salah satu bahan yang sangat membantu untuk kurangkan muak dalam menu, lebih-lebih lagi makanan creamy. Namun, anda cuma kena pandai cari chilli flakes yang pedas sebab sesetengah yang dijual tak rasa pedas langsung.

2. Letak cili padi atau cili api.

makanan creamy

Sesiapa pun pasti kenal dengan cili padi yang menambahkan rasa pedas dalam masakan. Jika tiada chilli flakes, anda letak saja cili sebab makanan creamy ini kena ada pedas juga barulah tak rasa muak.

3. Guna tepung goreng spicy.

Jika tak nak letak cili padi atau chilli flakes untuk makanan yang ada letak celup tepung dalam kuahnya seperti buttermilk, salted egg, spaghetti dan lain-lain, boleh guna tepung goreng yang spicy berbanding tepung goreng biasa.

4. Letak black pepper atau serbuk black pepper.

Black pepper (lada hitam) merupakan salah satu bahan yang pedas. Bagi mengurangkan rasa muak, bolehlah letakkan black pepper untuk makanan seperti kuah black pepper, kuah carbonara dan banyak lagi.

Begitulah antara tips yang anda boleh guna untuk mengelakkan makanan creamy menjadi muak. Jangan lupa untuk ajarkan cara ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: It’s Mi

Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN