kek jantung pisang

Kek boleh dibuat secara bakar dengan oven atau dikukus, tapi tahukah anda sebenarnya ada cara buat Kek Jantung Pisang tanpa menggunakan oven?

Kek Jantung Pisang adalah salah satu kek lapis Sarawak dan merupakan kek tradisi orang dulu-dulu yang dibuat dengan cara istimewa dan sungguh unik.

Oleh kerana tak semua orang pada zaman dulu mampu beli oven, jadi mereka mencari alternatif lain untuk buat kek dengan menggunakan kuali.

Apa yang kami boleh katakan, ia merupakan sejenis kek lama dan tak ramai yang tahu tentang kewujudannya pada zaman yang serba moden ini.

Ramai terkejut dengan perkongsian Ummi Lynn Hassan di Facebook tentang cara buat Kek Jantung Pisang tanpa oven kerana ia merupakan kek klasik dan hanya orang legend saja yang tahu tentangnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

RESIPI KEK JANTUNG PISANG

kek jantung pisang

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • ¾ cawan gula
  • ½ cawan marjerin
  • ½ cawan tepung kek bluekey
  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan susu cair
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

1. Mula-mula, putar marjerin dengan gula sehingga kembang.

2. Kemudian, masukkan telur dan putar sehingga betul-betul kembang.

3. Selepas itu, masukkan semua bahan yang lain dan putar sehingga sebati.

4. Setelah itu, goreng dengan menggunakan kuali kecil yang dalam. Goreng selapis, angkat, goreng lagi dan tindihkan. Ulang-ulang sampai habis tepung.

5. Akhir sekali, boleh potong ikut citarasa masing-masing. Siap untuk dinikmati!

kek jantung pisang

Walaupun tiada oven, anda masih boleh buat pencuci mulut seperti Kek Jantung Pisang yang sedap dan cukup mudah dengan hanya menggunakan kuali di rumah.

Kek ini merupakan hidangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan atau minum petang dan anda boleh nikmatinya bersama keluarga tersayang di rumah.

Kami yakin jika anda buat kek ini untuk ibu dan ayah, pasti mereka akan terkejut dan seronok memakannya sampai tak berhenti.

Selamat mencuba!

Sumber: Ummi Lynn Hassan

Baca juga: Resepi Kek Butter Mudah Versi Mak-Mak, Gebu Mulus Bukan Main Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN