ikan pari

Ikan pari adalah pilihan yang popular dalam masakan, terutamanya dalam kalangan peminat hidangan laut. Ikan ini boleh diolah dengan pelbagai cara, sama ada dibakar, digoreng, atau dibuat sup.

Tapi, ada satu masalah yang sering dihadapi iaitu terbeli ikan yang tak segar atau sudah tua. Ikan jenis ini biasanya jadi keras dan liat lepas dimasak dan hidangan tidak seperti yang diharapkan.

Jadi, untuk pastikan setiap hidangan  anda lazat, penting untuk tahu cara pilih ikan yang berkualiti. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk bantu anda kenal pasti ikan yang lembut dan segar. Jom kita tengok!

Baca juga: Teknik Siang Ikan Pari Paling Laju, Bau Hancing Pun Hilang!

CARA PILIH IKAN PARI YANG LEMBUT SELEPAS DIMASAK

Berikut merupakan cara pilih pari yang lembut selepas dimasak:

1. Semasa memilih, pastikan pari berwarna cerah dan tidak gelap.

2. Untuk kena lpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.

3. Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya pilih ikan yang tidak berbau hancing untuk memudahkan proses memasak nanti.

4. Pilih ikan sudah siap dipotong, cari isi ikan yang berkeping-keping seperti dalam vide0 di bawah. Ia biasanya lembut selepas dimasak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tiktok bahanbasahmentah

Baca juga: Asam Pedas Ikan Pari, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN