resepi sup tauhu telur

Apabila rasa tak sedap badan, biasanya tekak pasti inginkan hidangan berkuah. Jika begitu, anda boleh belajar resepi Sup Tauhu Telur pada hari ini.

Dalam resepi Sup Tauhu Telur, ia menggunakan sejenis tauhu yang dipanggil sebagai tauhu telur. Kadangkala, kita boleh nampak hidangan ini disediakan di kedai nasi campur.

Tauhu telur juga dikenali sebagai tauhu jepun yang diperbuat daripada campuran 2 bahan, iaitu susu soya dan telur serta baunya juga sama seperti telur.

Pelbagai menu yang boleh dimasak dengan menggunakan tauhu telur seperti inti dumpling, sayur dan paling mudah mestilah dimasak sup.

Nak tahu cara membuatnya, anda boleh mengikut resepi yang dikongsikan oleh Ct Sabarina di Facebook. Oleh kerana ia nampak sungguh menyelerakan, jom kita cuba!

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

RESEPI SUP TAUHU TELUR

resepi sup tauhu telur

Bahan-bahan:

  • 2 biji tauhu telur (potong bulat)
  • 2 biji telur
  • 1 batang lobak merah (potong halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • Cendawan shimeji
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Mushroom seasoning secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng tauhu telur sehingga garing, angkat tauhu dan toskan.

resepi sup tauhu telur

2. Selepas itu, tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan air secukupnya untuk kuah sup.

3. Setelah mendidih, masukkan cendawan dan lobak merah. Kemudian, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk likatkan sup.

4. Seterusnya diikuti dengan telur, jangan lupa kacau manja semasa masukkan telur. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan minyak bijan.

5. Sudah mendidih, masukkan tauhu yang telah digoreng dan daun bawang. Kemudian, tutup api. Siap untuk dihidang!

Resepi Sup Tauhu Telur selalunya digunakan oleh sesetengah orang ketika badan terasa lemah dan lesu. Selepas menghirup kuahnya, tekak pasti akan terasa segar dan berselera.

Buat mak-mak yang mempunyai anak masih kecil, boleh juga sediakan hidangan lazat ini untuk mereka menjamu selera di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ct Sabarina

Baca juga: Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN