telur itik masak lemak

Menulis entri untuk resipi ini memang menguji perut yang sedang kelaparan. Telur itik masak lemak yang semestinya akan mengiurkan air liur pembaca!

Siapa je yang tak suka? lebih pedas, lebih sedap dan lagi berlebih-lebih menambah nasi. Bagi yang tidak pernah makan telur itik, rasa telur ini lagi berlemak dari telur ayam.

Berikut adalah resipi masak lemak telur itik yang boleh anda cuba di rumah.

Baca lagi: Resepi Kek Minyak Mudah Amat, Rupanya Ada Tip Rahsia!

RESIPI MASAK LEMAK TELUR ITIK

Bahan-bahan yang Diperlukan:

  • 7-8 biji telur itik yang segar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air masak
  • 1 keping asam keping

Bahan-bahan Kisar:

  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 3/4 sudu teh serbuk kunyit (boleh gunakan serbuk kunyit jenama Adabi)
  • 1 sudu teh tepung beras (untuk mengelakkan gulai pecah minyak)

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula, panaskan santan pekat di dalam periuk dengan api sederhana. Kemudian, masukkan 1 1/2 cawan air masak. Biarkan santan mendidih sedikit.

2. Setelah santan mula mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar seperti kunyit hidup, lengkuas, bawang merah, cili kering, biji ketumbar, dan serbuk kunyit. Kacau sehingga semuanya sebati.

3. Seterusnya, masukkan asam keping ke dalam gulai. Ini akan menambah rasa sedikit masam yang menyegarkan dalam kuah gulai.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa mengikut selera anda. Kacau perlahan-lahan hingga rasa gulai seimbang.

5. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam cawan terlebih dahulu untuk memastikan telur dalam keadaan baik. Kemudian, masukkan telur ke dalam kuah gulai dengan berhati-hati.

6. Biarkan gulai mendidih dengan api perlahan. Elakkan mengacau terlalu kuat supaya telur tidak pecah.

7. Masak gulai dengan api yang perlahan dan biarkan ia mendidih seketika. Jangan biarkan ia mendidih terlalu lama untuk mengelakkan kuah pecah minyak.

8. Apabila gulai sudah mendidih dan telur itik telah masak, tutup api dan hidangkan gulai lemak telur itik panas-panas bersama nasi putih.

Tip:

  •  Pastikan anda tidak mengacau gulai terlalu kuat. Cukup sekadar mengacau perlahan-lahan di bahagian atas sahaja agar telur kekal bentuknya.
  •  Jika mahu menambah tekstur dan rasa, anda boleh memasukkan pucuk ubi ke dalam gulai. Ia akan memberikan rasa yang lebih sedap.

Sumber: Cikgu Jahit, Lubuk Resepi Viral

Baca lagi: Resipi Singgang Sotong Yang Luar Biasa, Tengok Kuah Pun Dah Kecur Air Liur!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN