Kecoh tentang Muffin Coklat yang dinilai oleh seorang atlet sewaktu berada di Olympic Village, Paris membuatkan ramai mencari resipinya.
Muffin Coklat terkenal sebagai pencuci mulut yang diisi dengan coklat ganache di tengah yang pekat dan penuh dengan rasa coklat yang kaya.
Herera Solari telah kongsikan resipi Muffin Coklat Olimpik atau disebut Olympic Double Chocolate Muffins olehnya di Facebook. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kunafa Coklat Viral, Siap Dengan Sos Pekat Likat Yang Meleleh!
RESIPI MUFFIN COKLAT OLIMPIK (OLYMPIC DOUBLE CHOCOLATE MUFFINS)
Bahan A:
- 125g melted butter (salted)
- ½ cawan gula perang
- ½ cawan gula putih
- 2 biji telur gred B
- ½ cawan greek yogurt (yogurt biasa pun boleh, tapi perisa asli)
- Sedikit esen vanilla
Bahan B:
- 2½ cup tepung naik sendiri
- ¾ serbuk koko
- 1 sudu kecil serbuk kopi
Bahan-bahan untuk coklat ganache:
- ½ cawan milk chocolate
- ¾ cawan whipping cream
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pukul semua Bahan A dengan whisk sampai sebati, kemudian letak tepi.
2. Seterusnya, ayak semua Bahan B dan campur dengan Bahan A, kemudian gaul sebati. Masukkan chocolate chips dalam adunan. Guna scoop aiskrim letak dalam acuan muffin.
3. Selepas itu, taburkan chocolate chip atas muffin dan bakar pada suhu 180ºC selama 40 minit.
4. Setelah siap, terus keluarkan dan guna apa saja alatan untuk buat lubang di bahagian tengah muffins (saya guna chopsticks). Kena buat semasa ia panas, jika cucuk semasa sejuk nanti jadi merekah. Setelah siap buat lubang, barulah sejukkan.
5. Bagi menyediakan chocolate ganache, campurkan bahan yang diperlukan dan letak dalam microwave selama 30 saat.
6. Keluarkan dan gaul sampai coklat itu cair. Jika berketul, masukkan balik dalam microwave dan panaskan balik. Nak guna kaedah double boil pun boleh juga.
7. Setelah siap, masukkan dalam piping bag dan paip di bahagian tengah muffin yang telah disejukkan tadi. Siap untuk dinikmati!
Jika tiada butter di rumah, anda boleh gantikan dengan minyak tapi teksturnya dan rasanya berbeza. Selain itu, boleh gantikan greek yogurt dengan susu yang dicampur satu sudu kecil cuka.
Resipi ini akan dapat menghasilkan sebanyak 6 biji Muffin Coklat Olimpik. Jika nak buat lebih, kenalah gandakan sukatannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Herera Solari
Baca juga: Muffin Pandan, Nak Bentuk Cantik Dan Nampak Gebu Ada Caranya