resepi sizzling

Kalau anda peminat fanatik sizzling, wajib cuba resepi sizzling kuetiau yang mudah ini. Biasanya, orang guna yee mee untuk hidangan sizzling, tapi kali ini kita tukar sikit dengan menggunakan kuetiau.

Resipi ini bukan hanya senang, tapi confirm suami anda akan puji sedap. Bila kuetiau diserap dengan kuah yang pekat dan penuh perisa, setiap suapan akan terasa nikmat.

Kalau buat sendiri boleh letak banyak cendawan shitake, jadi puas hati dapat makan cendawan kegemaran sepuas hati.

Baca juga: Cara Buat Sizzling Yee Mee Ala Medan Selera. Kuah Sedap, Pekat & Cukup Rasa!

RESEPI SIZZLING GUNA KUETIAU

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan halia
  • 3 tangkai cili kering
  • Ayam yang dipotong kecil
  • 1 senduk sos tiram
  • 1/2 senduk kicap lemak manis
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 1/2 cawan air
  • Bancuhan air tepung jagung

Cara memasak:

  1. Tumis terlebih dahulu 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan 3 hirisan halia dan 3 tangkai cili kering yang telah direndam air panas seketika.
  3. Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
  4. Biarkan ayam terbit minyaknya. Masukkan secubit lada hitam kisar, secubit lada sulah dan perasa Hilal. Balik-balikkan.
  5. Masukkan sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan. Tambahkan air dan kacau sebati.
  6. Tuang bancuhan air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung + 1/4 gelas air).
  7. Masukkan hirisan cendawan shitake fresh (Kalau guna yang kering rendamkan terlebih dahulu). Biarkan 3-4 minit dalam api perlahan.
  8. Siap untuk kuah sizzling secukup rasa.
  9. Sendukkan kuah sizzling tadi dalam ‘hot plate’.
  10. Masukkan kuetiau yang telah dilerai dan dilalukan air seketika. Tos awal-awal. (saiz kuetiau paling halus lagi sedap)
  11. Pecahkan telur. Biarkan telur separuh masak sebelum ditutup api. Letakkan atas pelapik kayunya dengan berhati-hati.
  12. Susun dengan sawi pak choy yang telah dicelur, hirisan ayam dan cendawan shitake dengan rapi.
  13. Sedia untuk dihidangkan bersama cili potong. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Afy AL Habibi

Baca juga: Tips Kuetiau Goreng Berderai Elok Dan Tak Melekat, Mudah Je Rupanya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN