tomyam udang

Apabila bercerita tentang hidangan popular dari negara jiran iaitu Thailand, semestinya Tomyam Udang terus terlintas di fikiran.

Selain Thailand, orang Malaysia cukup menggemari hidangan Tomyam Udang yang terkenal dengan kuahnya yang mempunyai rasa pedas, masam dan manis bersama udang yang segar.

Shahmila Radha telah kongsikan resipi Tomyam Udang di Facebook yang diajarkan oleh pembantu rumahnya yang berasal dari Thailand. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!

RESIPI TOMYAM UDANG

tomyam udang

Bahan A:

  • 1½ liter air
  • 3 batang serai saiz besar (hiris tebal-tebal saja)
  • 3 ketul lengkuas sebesar ibu jari kaki (dihiris)
  • 6 atau 7 helai daun limau purut
  • 15 hingga 20 biji cili padi hijau mengikut kepedasan (diketuk)
  • 3 atau 4 batang akar daun ketumbar

Bahan B:

  • 3 sudu besar pes tomyam jenama Maepranom
  • 2 sudu besar pes cili jenama Maepranom
  • 3 sudu besar sos sotong
  • 1 senduk besar air limau (nak lebih masam boleh tambah)
  • 1 sudu kecil gula
  • Garam (jika perlu 1 sudu kecil)
  • Ajinamoto (jika nak 1 sudu kecil)

Bahan C:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan air dalam kuali dan masukkan semua bahan A, kemudian tunggu ia mendidih buat kali pertama.

2. Apabila air tadi sudah mendidih, masukkan semua bahan B dan kacau sampai sekata, kemudian tunggu ia mendidih sekali lagi.

3. Apabila sudah mendidih lagi dan cukup rasa pedas, masam dan manisnya, baru masukkan tomato, lobak merah, anak jagung dan cendawan.

4. Akhir sekali, baru masukkan udang dan tutup api supaya udang sentiasa segar dan lembut. Siap untuk dihidang!

tomyam udang

Anda boleh mengolah resipi Tomyam Udang ini dengan memasukkan sayur yang disukai dan hidangan ini akan nampak lebih menarik apabila dihiaskan dengan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Sumber: Shahmila Radha

Baca juga: Resepi Tomyam Putih Simple, Kuah Tanpa Pes Lebih Berselera Jadinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN