Walaupun pelbagai jenis kek viral yang ada sekarang, namun ia tak dapat menandingi resepi Kek Butter sedap yang cukup klasik.
Nak hasil yang memuaskan, anda perlu mengikut teknik di dalam resepi Kek Butter sedap yang dikongsikan oleh Raaz Bakery di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Kek Minyak Kukus, Tak Guna Butter Pun Adunan Tetap Cantik Lembut!
RESEPI KEK BUTTER SEDAP
Bahan-bahan:
- 110gm tepung bluekey pink
- ½ sudu teh baking powder
- ½ sudu teh french vanilla paste
- 2 biji telur gred A
- 80gm butter golden churn
- 65gm icing sugar
- ½ sudu besar ovalette
- 30gm susu full cream
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, putar butter dan gula sampai sebati, kemudian masukkan ovalette. Putar lagi sehingga adunan menjadi putih.
2. Selepas itu, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar sampai sebati 5 minit.
3. Masukkan susu full cream dan tepung sedikit demi sedikit sampai semua sebati, kemudian masukkan esen vanilla.
4. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang size 6 inci dan bakar pada suhu 150ºC mengikut suhu oven masing-masing dengan menggunakan kaedah water bath.
Kaedah water bath:
- Guna 2 loyang saiz besar dan kecil sedikit.
- Loyang bersaiz besar diisi air kemudian letak loyang saiz kecil sedikit yang berisi adunan kek di dalam loyang yang berisi air tadi.
- Pastikan guna air panas yang baru mendidih dan jangan buka pintu oven semasa proses membakar.
- Apabila kek sudah masak, jangan keluarkan dari oven, biar kek sejuk sendiri dalam oven supaya elakkan kek jadi mendap.
5. Setelah siap masak, tunggu sejuk sikit, balut dan cling wrap, kemudian masukkan dalam peti dalam masa 4 hingga 5 jam. Akhir sekali, bolehlah potong cantik-cantik. Siap untuk dinikmati!
Sebelum ini, ramai yang gagal membuatnya sampaikan ia jadi terlalu padat dan muak dimakan. Tapi dengan teknik dalam resepi Kek Butter sedap ini, anda akan dapat hasil lembut dan sekata.
Selamat mencuba!
Sumber: Bakedby RaazBakery
Baca juga: Cara Buat Kek Oren Tak Payah Guna Butter, Lembutnya Cukup Klasik