resepi donat

Pelbagai resepi donat yang ada pada zaman moden ini, tapi Donat Kampung tetap menjadi idaman ramai.

Leeina Qaliena telah kongsikan resepi Donat Kampung yang menarik dengan hasil yang sangat gebu. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu

RESEPI DONAT KAMPUNG

resepi donat

Bahan A:

  • 4½ cawan tepung gandum (boleh guna cawan kopi di rumah)
  • 3 sudu besar susu tepung (tambahan, nak bagi sedap lagi)
  • 3 sudu besar marjerin Pelangi
  • 2 biji telur (letak sebiji pun boleh)
  • *1 sudu teh ovallete (tambahan, tak letak pun boleh)
  • ½ sudu teh garam halus

Bahan B:

  • 11 gram yeast instant (saf yeast)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 200 ml air suam

Bahan salutan:

  • Gula putih (dikisar halus)
  • Susu tepung full cream (jika nak rasa susu)

Cara-cara membuat:

1. Bancuh bahan B, ketepikan dan biar sekitar 10 minit sehingga ia berbuih. Pastikan yeast aktif, tidak masuk angin atau yeast lama. Jika ia berbuih, bermakna yeast aktif.

2.Satukan semua bahan A dan ramas gaul jadi serbuk roti, kemudian tuang air bancuhan yeast sikit-sikit dan uli sehingga jadi licin dan tak melekit di tangan.

*Boleh juga skip marjerin dahulu, nanti doh dah sebati baru ditambah dan uli sebati.

3. Bahagikan doh seperti bebola. Saya tak rehatkan doh sehingga kembang, saya terus bahagikan doh.

*Nak rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda pun boleh, kemudian tumbuk buang angin baru bahagikan doh.

4. Bulatkan cantik-cantik, leperkan kemudian tebuk lubang (guna penutup botol mineral)

5. Baki doh yang ditebuk tadi, campurkan ke dalam doh kedua.. Bulat-bulatkan doh, leperkan kemudian tebuk lubang. Buat sehingga habis. Nanti tinggal satu biji saja lebihan doh.

6.Tabur tepung dalam talam susun donat yang siap dilubangkan. Biar sehingga ia kembang (proofing) sehingga ringan.

*Cara nak tahu doh sudah boleh digoreng, baki doh yang ditebuk lubang pada doh terakhir tadi, saya rendam dalam air biasa dan biarkan. Apabila ia terapung, menandakan doh sudah sedia untuk digoreng.

7. Panaskan minyak api sederhana, goreng donat sehingga kekuningan. Setelah kekuningan, angkat dan toskan minyak, guna tisu dapur pun boleh.

8. Akhir sekali, salut dengan gula yang dikisar halus. Siap untuk dinikmati!

resepi donat

Tiada pantang larang untuk menggoreng semasa buat resepi Donat Kampung ini kerana ia tak perlukan white ring seperti donat yang sering dibuat sekarang.

Selamat mencuba!

Sumber: Leeina Qaliena

Baca juga: Donut Bomboloni Anti Gagal, Hasil Jadi Gebu Gebas Dengan Resipi Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN