kuzi ayam

Kuzi ayam merupakan hidangan istimewa yang sering dihidangkan pada waktu raya yang dimakan bersama nasi mahupun roti jala.

Juadah ini juga asalnya daripada golongan kerabat istana. Namun sekarang dengan adanya resipi perkongsian di bawah, anda boleh mencuba sendiri.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Anie Hamid.

Baca juga: Tips Masak Brokoli Supaya Tak Pahit Dan Berbau, Boleh Guna 2 Bahan Je!

RESIPI KUZI AYAM

Bahan-bahan utama:

  • 1 ekor ayam (potong 10)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar tomato purée
  • ½ cawan yogurt
  • 200ml santan
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
  • Minyak sapi
  • Daun pandan (disimpul)
  • Gula Melaka atau gula pasir
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 10-15 ulas bawang merah
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan rempah:

  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (Campurkan sedikit air dan jadikan pes)

Sos hijau:

  • 6 biji cili hijau
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam daun pudina
  • 2 helai daun limau purut

Bahan hiasan:

  • 15 ulas bawang merah (hiris halus dan goreng hingga garing)
  • Gajus (panggang)
  • Kismis hitam (cuci dan tos)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, dan bahan kisar sehingga garing dan berbau harum.

2. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan pes rempah dan tomato purée, tambahkan sedikit air dan kacau rata.

3. Masukkan ayam dan sos hijau. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Tambahkan bahan hiasan dan santan. Teruskan memasak dengan api kecil sehingga minyak terbit.

5. Akhir sekali, masukkan yogurt dan taburkan hirisan daun ketumbar serta daun pudina. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Anie Hamid

Baca juga: Resipi Ayam Pop, Cara Mudah Tapi Rasa Autentik Macam Masakan Padang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN