mee rebus johor

Mee Rebus Johor merupakan salah satu hidangan tradisional dari negeri Johor yang mencuri perhatian ramai dengan rasa dan keunikan tersendiri.

Hidangan ini terkenal dengan kuahnya yang pekat dan beraroma, hasil gabungan rempah-rempah yang dimasak sempurna.

Selain itu, mee rebus ini biasanya disertakan dengan pelbagai bahan hiasan seperti tauhu goreng, telur rebus, dan taugeh yang dicelur.

Mee Rebus Johor bukan sahaja digemari kerana keenakannya, tetapi juga kerana ia sering dihidangkan pada majlis-majlis istimewa seperti kenduri dan perayaan.

Baca juga: Cara Masak Laksa Johor Asli, Guna Ikan Jenis Ini Supaya Kuah Lebih Pekat & Padu

RESEPI MEE REBUS JOHOR

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning, dicelur
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 6 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Udang kering
  • Udang basah, dikupas kulit dan dikisar
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan tepung rangup:

  • Tepung beras dan gandum
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Bawang besar, didadu
  • Daun bawang, dihiris halus
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan hiasan:

  • Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  • Daun sup, dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Lada hijau, dipotong bulat
  • Taugeh, dicelur
  • Limau nipis, dibelah dua

Cara buat tepung rangup:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  2. Untuk menggoreng, gunakan teknik sedikit khas: Tuangkan tepung menggunakan senduk di tepi kuali, seperti membuat rempeyek.
  3. Angkat dan toskan. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara buat kuah:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, udang kering, dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  5. Kemudian, masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar (biasanya tauchu dan keledek yang dikisar memerlukan sedikit air, jadi tidak perlu menambah air agar kuah tidak cair).
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kuah siap dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Emee Sham

Baca juga: Resipi Asam Pedas Johor Yang Padu, Ini Rahsia Supaya Kuah Pekat Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN