Puding biskut krim kraker ini merupakan satu pencuci mulut yang sangat senang untuk dibuat oleh semua orang. Resipinya pula hanya guna 3 bahan sahaja.
Rasa manis dari susu pekat itu membuatkan puding biskut ini berlemak manis dan kena dengan selera kebanyakkan orang.
Lepas dah siap buat, anda disarankan untuk menyejukkan terlebih dahulu supaya rasanya lagi sedap dan enak. Mesti makan tak berhenti!
Jom tengok resipi puding biskut cream cracker oleh pengguna laman sosial Facebook di bawah ini.
Baca juga: Tip Bubur Pulut Hitam Yang Tahan Lama, Rupanya Kena Guna ‘INI’
RESIPI PUDING BISKUT KRIM KRAKER
Bahan-bahan:
- 24 keping biskut krim kraker
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- Pewarna pilihan
Cara Penyediaan:
1. Rendam semua biskut dalam air suam hingga kembang. Kemudian tapis.
2. Masukkan biskut yang dah direndam, susu dan telur ke dalam blender.
3. Kisar semua hingga halus.
4. Bahagi kepada dua bahagian untuk warnakan.
5. Sapu loyang dengan planta dan tepung supaya kuih tak lekat nanti.
6. Kukus lapisan pertama 7 minit. Kemudian tambah lapisan kedua.