Resipi sambal kentang

Resipi sambal kentang ikan bilis ini adalah versi yang tersangat mudah dan cepat untuk anda sediakan meskipun baru pulang bekerja. Anda wajib cuba.

Sesuai makan bersama nasi putih panas, sayur campur serta telur goreng. Sungguh nikmat dunia yang tak terkata! Malah boleh buat bertambah nasi. Tetapi bertambah nasi tak apa, jangan bertambah berat badan.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan KE Hawa Khalid menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Roti Sardin Rasa Sebijik Macam Zaman Sekolah, Wajib Ikut Cara Akak Ini

RESIPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 6 biji kentang (buang kulit dan potong bulat-bulat)
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 biji bawang merah besar (dihiris)
  • 2 biji telur ayam (gred tidak penting)
  • 2 sudu kecil serbuk perasa (sesedap rasa)
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa

Bahan-bahan kisar (kisar secara kasar):

  • 3 biji cili merah besar
  • 10 biji cili padi (kurangkan jika tidak tahan pedas, atau tambah jika suka lebih pedas)
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan (boleh letak atau tidak mengikut selera)

Cara-cara Membuat:

1. Goreng kentang dan ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing. Ketepikan.

2. Panaskan minyak (anggaran 2 senduk besar) dalam kuali.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblender kasar tadi. Tumis hingga pecah minyak dan cili betul-betul masak.

4. Masukkan serbuk perasa, garam, dan air asam jawa. Jika suka, tambahkan sedikit gula pasir.

5. Masukkan bawang merah yang dihiris tadi. Tumis hingga bawang separuh layu.

6. Masukkan kentang yang telah digoreng. Gaul rata.

7. Pecahkan telur ke dalam kuali dan gaul dengan api sederhana supaya tidak hangus. Kacau secara perlahan-lahan sehingga sebati.

8. Tutup api dan biarkan seketika.

9. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng dan gaul rata.

Sambal kentang dengan ikan bilis sedia untuk dihidangkan.

Sumber: KE Hawa Khalid

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN