Siakap kengsom thaiSiakap kengsom thai juadah yang sangat kaya dengan rasa masam, manis dan pedas. Hidangan ini juga merupakan menu wajib order kalau pergi ke restoran Thai.

Cara nak buat pula sangatlah mudah dan pastinya selari dengan tekak orang melayu. Anda boleh menggunakan ikan kegemaran anda selain daripada ikan siakap.

Jom baca resipi perkongsian Cik Puan Nur Masri ini.

Baca juga: Resipi Makaroni Goreng Mudah, Makan AUTO Tersenyum!

RESIPI SIAKAP KENGSOM THAI

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 5 ulas bawang putih **
  • 8 biji cili padi merah dan hijau **
  • 2 biji cili merah **
  • 2 inci kunyit hidup **
  • 2 batang serai **
  • 1 inci belacan **
  • 1 biji limau nipis
  • 1/4 biji buah nenas
  • 1 ikat kangkung
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Sedikit ajinomoto
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1.  Kisar semua bahan bertanda ** (bawang putih, cili padi, cili merah, kunyit hidup, serai, dan belacan) hingga halus.

2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama air. Biarkan mendidih.

3.  Masukkan ikan siakap yang telah dicuci bersih dan dipotong. Masak hingga kuah mendidih semula.

4.  Masukkan buah nenas yang telah dipotong, air perahan limau nipis, garam, gula, dan ajinomoto. Biarkan seketika hingga nenas menjadi lembut.

5.  Akhir sekali, masukkan kangkung dan biarkan seketika hingga layu. Kemudian, tutup api.

Siakap kengsom thai

Nota:

  • Untuk rasa yang lebih pekat, boleh kisar sedikit nenas bersama bahan kisar.
  • Jika tidak suka pedas, kurangkan jumlah cili padi dan gantikan dengan lebih banyak cili merah.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Ikan Masak Sos Yang Lazat, Cara Buat Semudah ABC

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN