Kuih peneram Kuih peneram merupakan satu kuih tradisi yang mempunyai peminatnya tersendiri. Kalau dulu kuih ini hanya dijamukan pada waktu raya namun sekarang ramai yang menjualnya di pasar malam.

Resipinya sangat mudah untuk anda cuba kerana hanya memerlukan 4 bahan sahaja. Tapi hasilnya, kuih rangup di luar dan lembut di dalam.

Kalau makan panas-panas memang rangup walaupun sudah sejuk tapi masih lembut dan ada rasa crunchy lagi.

Jom tengok resipi oleh Cik Puan Fienaz Shafie melalui laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Resipi Laksa Thai, Buat Sendiri Taklah Segan Nak Menambah!

RESIPI KUIH PENERAM

Bahan-bahan:

  • 250g tepung beras (jenama 3 Gajah)
  • 200g serbuk gula merah (paket warna hijau)
  • 170ml santan atau air
  • 1 helai daun pandan

Cara-Cara:

1. Masukkan gula merah dan air ke dalam periuk. Buka api perlahan dan kacau sehingga gula larut. Boleh masukkan daun pandan jika suka.

2. Apabila gula mula mendidih, kuatkan sedikit api dan kacau selama 15-20 saat, kemudian tutup api.

3. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk besar, kemudian tuangkan air gula merah sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.

4. Kacau adunan hingga menjadi pes yang pekat dan bertali. Jika adunan masih keras, boleh tambah air panas.

5. Biarkan doh hingga suam sedikit, kemudian uli dengan tangan.

6. Tutup dan perap adunan sekurang-kurangnya 6 jam pada suhu bilik. (Saya perap selama 2 hari)

7. Uli doh sedikit hingga lembut kembali. Jika merekah, tambahkan sedikit air panas.

8. Canai doh hingga leper. Terap adunan dengan acuan berbentuk bulat, lebar anggaran 3 inci atau 3 jari (Saya bulatkan seperti kuih ondeh-ondeh dan leperkan).

9. Buat lubang di tengah menggunakan chopstick atau jari.

10. Panaskan minyak dan goreng kuih peneram. Apabila sudah perang, balikkan dan angkat cepat-cepat.

Kuih peneram

Petua:

  • Salut tangan dengan minyak sebelum menguli untuk mengelakkan doh melekat.
  • Tuang minyak yang banyak di tempat untuk menguli sebelum mula menguli. Boleh juga alas dengan plastik.
  • Sebaiknya canai doh atas plastik supaya mudah diangkat untuk digoreng.
  • Minyak untuk menggoreng perlu banyak supaya kuih tenggelam. Jika minyak sedikit, kuih cepat hangus.
  • Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng.
  • Jangan goreng terlalu lama. Jika goreng hingga gelap, kuih akan mengeras apabila sejuk.
  • Apabila diangkat, kuih mungkin nampak lembik tetapi akan keras apabila sejuk.

Sumber: Fienaz Shafie 

Baca juga: Resipi Rebung Tumis Cili Padi, Menu Legend Atok Nenek Zaman Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN