Anda mesti sudah biasa dengan tauhu bergedil, kan? Tapi, pernahkah anda rasa atau cuba resipi tauhu berlauk? Cara nak buat sangatlah simple.
Selain itu, tauhu berlauk ini juga sesuai untuk mereka yang sedang diet kerana bahan-bahan yang digunakan rendah kalori dan mengenyangkan perut!
Nak lagi sedap cicah dengan sambal kicap, memang ngam!
Jom tengok perkongsian dari Resepi Dapur Anne’s melalui laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Kunyit Berempah Super Mudah, Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat!
RESIPI TAUHU BERLAUK
Bahan-bahan:
- 4 ketul tauhu
- 2 tiub tauhu Jepun
- Udang atau isi ayam
- Cili merah
- Daun bawang
- Daun sup
- 4 biji telur
- Garam
- Serbuk lada putih
- Serbuk perasa
Cara Penyediaan:
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur, dan udang atau isi ayam sehingga halus.
2. Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah ke dalam adunan yang telah dikisar.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih, dan serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Gaul rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas plastik.
5. Kukus selama 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.

6. Setelah adunan keras, keluarkan dan biarkan sejuk seketika.
7. Potong adunan mengikut saiz yang dikehendaki.
8. Pukul 2 biji telur yang baki.
9. Celupkan potongan tauhu ke dalam telur yang dipukul dan goreng sehingga keemasan.

Tauhu berlauk kini siap untuk dihidangkan.
Nikmati ketika masih panas untuk rasa yang lebih sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Resepi Dapur Anne’s
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Resipi Nasi Ayam Thai Paling Pantas, Mudahnya Masak Nasi & Ayam Sekali!
Beef Stroganoff Masakan Rusia, Ini Cara MUDAH Yang Boleh Dicuba
Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Meletop! Memang Kena Dengan Citarasa Semua Orang
Resipi Kerabu Buah Tembikai ‘Legend’, Lauk Kesukaan Orang Dulu-Dulu
Cara Buat Bebola Bergedil Ayam, Bentuk Bulat Comel Senang Nak Telan!
Artikel Popular
Resipi Sotong Kangkung, Ini Bahan Rahsia Supaya Kuah Lebih Unik & Istimewa
Resepi Putu Piring Dengan 3 Bahan, Guna Acuan Ini Elok Kejadiannya!
Senarai Kurma Yang Bukan Dari Negara Islam, Jangan Salah Beli!
Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran
Resipi Mufin Kayu Manis, Bau Wangi Semerbak Kalah Kedai Bakeri!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














