briyani ayam telur rebus

Siapa yang mencari resipi briyani ayam telur rebus boleh baca sampai habis entri kali ini. Nampak sahaja bahan banyak tapi cara buatnya, senang.

Kalau resipi yang biasa selalunya guna ayam atau daging, apa kata kali ini cuba pula telur rebus.

Bau ketumbar untuk ditaburkan atas nasi pun sangat wangi dan boleh bangkitkan rasa terliur. Jom tengok resipi dari laman muka buku oleh Cik Puan Fatimah Saari.

Baca juga: Cara Buat Roti Canai Homemade, Lembut Dan Garing Bila Makan!

RESIPI BRIYANI AYAM TELUR REBUS

Bahan-bahan:

  • 3-4 ulas bawang merah kecil, diracik halus
  • Sedikit halia
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu besar rempah briyani Babas
  • 2 sudu besar serbuk kari daging Babas
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun pandan, disimpulkan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 500g beras basmati, direndam selama 30 minit dan ditoskan
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 kg ayam, dipotong kecil
  • Gajus dan kismis
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 3-4 sudu besar minyak sapi
  • Daun pudina dan ketumbar (saya guna daun ketumbar) sebagai hiasan
  • 5 biji telur rebus
  • 5-7 biji cili padi

Cara Memasak:

1. Tumbuk kasar halia dan bawang putih.

briyani ayam telur rebus

2. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang merah yang diracik bersama bahan tumbuk dan daun pandan hingga layu.

3. Masukkan semua jenis rempah (rempah briyani, serbuk kari, serbuk kunyit) dan tambah sedikit air. Kacau hingga sebati.

4. Bila nampak pecah minyak, masukkan ayam, susu cair, kiub ayam, dan garam. Tutup rice cooker dan masak selama 5-7 minit.

5. Buka penutup rice cooker dan masukkan beras basmati bersama air secukupnya. Tabur gajus dan kismis, tutup kembali rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak sepenuhnya dalam 15-20 minit.

6. Setelah nasi masak, buka penutup dan tabur daun ketumbar. Letakkan telur rebus di atas nasi. Tabur cili padi sebagai hiasan.

briyani ayam telur rebus

7. Briyani ini sangat sedap dimakan dengan raita.

Sumber: Fatimah Saari

Baca juga: Cara Buat ‘Rice Pancake’ Guna Lebihan Nasi, Sedap Cicah Dengan Sos Cili

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN