Mak-mak pantang nampak resipi buat kek, mesti nak cuba buat. Kek Minyak sememangnya paling mudah, tapi pernahkah anda buat dengan menggunakan periuk nasi?
Banyak aneka kek yang ada seperti kek span, kek mentega, kek keju dan sebagainya. Tapi ia tetap tak boleh lawan Kek Minyak yang tak lapuk dek zaman.
Sebenarnya kek ini sangat popular di kampung pada masa dahulu tau. Jika anda dilahirkan di kampung, pasti pernah makan kek ini semasa zaman kanak-kanak.
Kami terjumpa resipi yang dikongsikan oleh Arianti Azahari di Facebook. Ia cukup menarik kerana menggunakan periuk nasi. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Kek Minyak Ala-Ala Kampung People, Gebu Montok Kejadiannya
RESIPI KEK MINYAK GUNA PERIUK NASI
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung
- 5 biji telur
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu pekat
- ½ cawan gula
- 1 sudu besar baking powder
- Pewarna pilihan sendiri
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dan kacau sebati. Boleh juga menggunakan pengisar.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan salah satunya diletakkan pewarna.
3. Sapu sedikit minyak di dalam periuk nasi.
4. Masak seperti masak nasi biasa, tetapi setelah sampai pada tahap warm, biarkan sejuk dan teruskan memasak. Siap!
Apabila makan kek ini, anda akan terasa lembut dan cair di mulut. Lebih-lebih lagi bila diletakkan susu pekat, semakin lembab dan muluslah hasilnya nanti.
Tiada masalah jika rumah tiada pengukus atau oven, anda boleh gunakan periuk nasi untuk membuat kek ini. Hasil tetap lembut dan menjadi.
Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga suka nikmati kek yang sedap ini. Anda boleh jadikan ia sebagai kudapan buat seisi keluarga.
Jika anda baru berjinak-jinak dalam buat kek, Kek Minyak adalah pilihan tepat untuk anda. Senang cerita, kek ini sangat sesuai untuk newbie.
Selamat mencuba!
Sumber: Arianti Azahari
Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu