resipi cekodok pisang

Petang-petang sedap juga kalau dapat makan cekodok pisang. Ramai yang mencari resipi cekodok pisang yang mudah tapi sedap.

Cekodok pisang merupakan salah satu daripada pelbagai jenis cekodok yang mudah dan ringkas untuk dibuat.

Selain dipanggil cekodok pisang, ada juga yang memanggilnya jemput-jemput pisang atau cucur pisang. Secara umumnya, ia digolongkan dalam kuih jenis kuih jemput-jemput.

Baca juga: Tips Buat Cekodok Pisang Rangup Krup Krap, Lembut Di Dalam

Mak-mak yang sering sibuk seharian bolehlah buat cekodok pisang untuk seisi keluarga. Ia sangat sedap dijadikan sebagai hidangan minum petang atau pagi.

Jika tidak kena dengan cara, ia boleh jadi keras dan kemek saja apabila sejuk. Oleh itu, mak-mak perlulah tahu cara buat cekodok pisang yang sedap.

Kali ini kami akan kongsikan resipi cekodok pisang paling mudah yang dikongsikan oleh Roha Adrinna di Facebook.

RESIPI CEKODOK PISANG

resipi cekodok pisang

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Lenyekkan pisang. Ramas pakai tangan saja tapi jangan lupa basuh bersih terlebih dahulu.

2. Letak tepung gandum, tepung beras dan sedikit air. Gaulkan pakai senduk.

3. Letak sedikit gula pasir dan garam.

4. Pastikan minyak kena lebih dan panas semasa menggoreng. Guna tangan untuk masukkan bahan adunan dalam kuali.

resipi cekodok pisang

5. Kemudian kecilkan apinya. Biar dalamnya masak. Siap!

Cekodok pisang seperti ini memang nampak lazat dan menyelerakan. Makan panas-panas sambil minum kopi atau teh lagilah terangkat selera.

Cekodok pisang yang garing dan lembut di dalam memang disukai ramai. Jika bentuknya elok dan cantik itu sudah dikira sebagai bonus.

Senang cerita, resipi ini juga sangat membantu buat mereka yang tidak biasa ke dapur. Ia boleh juga dijadikan sebagai hidangan untuk tetamu.

Buat anda yang masih baru, anda boleh gunakan resipi cekodok pisang ini untuk membuatnya. Selamat mencuba!

Sumber: Roha Adrinna

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Bulat-Bulat, Ini Rahsia Kalau Nak Cantik Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN