resepi nasi goreng sedap

Percaya atau tidak, resepi nasi goreng sedap ini memang ‘super’ senang dan ringkas untuk membuatnya. Anda hanya perlu menggunakan 3 bahan sahaja iaitu nasi putih, telur ayam dan serbuk secukup rasa.

Resipi ini sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja tetapi tetap mahu memasak untuk keluarga tercinta, memang jimat masa dan tenaga! Anak-anak juga dijamin akan suka!

Sebenarnya ada beberapa teknik untuk jadikan nasi goreng lebih sedap, bukan hanya sekadar ‘gaul’. Haa, kalau nak tahu bagaimana caranya, mari ikuti resipi perkongsian oleh Puan Farah Din di bawah.

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

RESEPI NASI GORENG SEDAP 3 BAHAN

Bahan-bahan:

Cara memasak:

1. Sediakan semua bahan yang diperlukan iaitu nasi putih yang sudah dimasak, telur ayam dan serbuk secukup rasa.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan kacau sehingga hancur.

resepi nasi goreng sedap

3. Seterusnya, masukkan nasi putih dan gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.

4. Akhir sekali, taburkan secukup rasa dan sambung gaul sehingga sebati.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi nasi goreng sedap

Tip nasi goreng lebih sedap:

  • Guna lebihan nasi yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Goreng nasi menggunakan api yang besar.
  • Nasi perlu digoreng sehingga nampak berasap.
  • Goreng nasi sehingga garing.

Kredit resipi dan gambar: Facebook Farah Din

Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN