resepi sambal bilis

Resepi sambal bilis hitam ini memang menjadi kegemaran ramai. Dimasak pula sehingga pekat, lagi memikat selera!

Menurut empunya resipi iaitu Arieza Rieza, sambal ini dimasak tanpa meletakkan kicap. Tapi sambal bilis tetap menjadi warna gelap.

Boleh terus dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok. Hanya perlu panaskan apabila mahu dimakan. Jom cuba!

Baca juga: Rahsia Buat Nasi Lemak ‘Tersedap’, Rupanya Ada Bahan Kena Tumis Dulu

RESEPI SAMBAL BILIS HITAM

Bahan A:

  • Cili kering sedikit
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas

Goreng cili kering dengan sedikit minyak sampai garing dan berubah warna. Kemudian, kisar bersama bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air sehingga lumat dan pekat.

Bahan B:

Goreng ikan bilis dan tumbuk kasar. Kalau guna ikan bilis kecil, tak perlu tumbuk.

Bahan C:

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas

Tumbuk kasar kedua-dua bahan ini.

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan C sehingga naik bau.

2. Apabila sudah wangi, masukkan bahan A dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan berubah kehitaman selama lebih kurang 30 minit.

3. Jika dah pecah minyak elok, masukkan sos tomato 2 sudu besar atau air asam jawa. Letak secukupnya, jangan terlebih masam.

4. Masukkan garam, perasa secukup rasa dan 1 ketul gula melaka.

5. Jika sambal dah cukup rasa pedas dan manis, boleh masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan ditumbuk tadi.

6. Gaul sebati dan buarkan dalam 5 minit sebelum tutup api.

7. Jika mahu disimpan dalam bekas, sejukkan terlebih dahulu.

8. Selamat mencuba!

resepi sambal bilis

Kredit resipi dan gambar: Facebook Arieza Rieza

Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN