jenis sambal

Kalau dah tekak orang melayu ini, mesti tak sah kalau tak ada sambal makan dengan nasi. Bila ada sambal kemudian pedas pula, sudah tentu membuak-buak selera makan nasi! Tapi anda tahu tak, ada banyak resipi sambal yang mungkin tak pernah dirasa selain sambal belacan. 

Artikel hari ini MyResipi akan himpunkan 5 resipi sambal yang lain dari kebiasaan dan sudah tentunya mudah dibuat. Jom baca!

Baca juga: Cara Buat Pes Ikan Bakar Homemade, Nak Masak Tinggal Lumur Je!

6 JENIS RESIPI SAMBAL

1. Sambal Picit

jenis sambal

Bahan-bahan:

  • Air asam jawa
  • Cili api
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
  • Limau nipis

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dan lenyek-lenyekkan. Tambah perahan limau nipis jika suka.

2. Untuk menikmatinya, masukkan isi ikan pelaling rebus. Boleh dihidangkan.

2. Sambal Limau

Bahan-bahan:

  • 1 biji cili masak
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api siam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Belacan
  • 2 biji limau nipis

Cara memasak:

1. Tumbuk atau kisar kering kesemua bahan kemudian perahkan perahan limau.

2. Jangan masukkan air supaya sambal tidak berubah rasa.

3. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

3. Sambal Tempoyak Blender

Bahan-bahan: 

  • 10 biji cili api
  • 10 biji cili api merah
  • 100 gram tempoyak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan air

Cara memasak:

1. Satukan kesemua bahan dan kisarkan sehingga sebati dan hancur.

2. Siap untuk dinikmati.

4. Sambal Goreng

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili api merah
  • 30 biji cili api
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci belacan
  • 1 cawan ikan bilis
  • 3/4 cawan minyak
  • Petai
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh ajinomoto

Cara memasak:

1. Tumbuk atau kisar kasar semua bahan kemudian tumis hingga naik minyak dan garing.

2. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan sedikit gula.

3. Boleh tambah petai jika suka.

5. Sambal Belacan Sunquick

resipi sambal

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili masak
  • 1 biji cili hijau
  • 10 biji cili api
  • 5 biji cili api merah
  • 25 gram belacan
  • 2 sudu oren sunquick
  • 1/4 cawan air tapis atau air asam jawa
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji perahan air limau kasturi

Cara memasak:

1. Tumbuk atau kisarkan semua cili, garam dan belacan.Tumbuk secara kasar.

2. Masukkan air dan sunquick.

3. Akhir sekali, perah limau kasturi dan sebatikan.

6. Sambal Kicap Asam

resipi sambal

Bahan-bahan:

  • Air asam jawa sederhana pekat
  • Cili api yang ditumbuk
  • Kicap
  • Gula

Cara memasak:

1. Sebatikan semua bahan dan sesuaikan rasa masam, manis serta pedas.

Kalau nak lagi padu, sedap dimakan dengan ayam atau ikan bakar.

Selamat mencuba!

Sumber: DAPUR KAKZU

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Masak Mi Kari Nyonya, Bertahun Guna Resipi Sama Tak Pernah Jemu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN