Hidup mak-mak zaman sekarang tak sama macam dulu. Dengan anak-anak sekolah, kerja pejabat, urus rumah, memasak…kadang nak bernafas pun tak sempat!

Tapi jangan risau, dengan adanya peralatan dapur yang yang power, sekelip mata ja pelbagai masakan yang sedap-sedap sedia terhidang.

Ini 7 peralatan dapur elektrik yang mak-mak moden wajib ada.  Bukan saja boleh jimat masa semasa memasak, tapi boleh buat mak-mak rasa macam chef profesional di rumah!

1. Air fryer

Perkakas Dapur

Dah jadi kawan baik ramai mak-mak, Air fryer merupakan salah satu peralatan dapur yang wajib dimiliki oleh mak-mak moden. Nak sediakan sarapan atau makan malam ekspres, air fryer sangat membantu. Kurang leceh, kurang kotor, hasil tetap padu!

Kelebihan:

  • Kurang guna minyak = lebih sihat.
  • Tak perlu jaga api – masukkan, set masa, siap!
  • Mudah dibersihkan (bye-bye minyak meletup).

2. Pressure cooker elektrik 

Perkakas Dapur

Kalau anda suka masak sup dan stew,  pressure cooker ni penyelamat masa! Balik kerja boleh terus masak. Dalam masa singkat sup tulang, sup daging siap disediakan.

Kelebihan:

  • Daging lembut dalam masa 30 minit.
  • Auto shut-off – tak risau hangus.
  • Pelbagai fungsi: nasi, bubur, sup, kek pun boleh buat

3. Food processor

Perkakas Dapur

Food processor bukan sekadar untuk kisar cili tapi boleh buat pelbagai jenis potongan sayur. Bahkan ada yang boleh guna untuk uli tepung. Mantap hila!

Kelebihan:

  • Jimat masa kisar bahan.
  • Boleh kisar pelbagai jenis bahan termasuk ayam dan daging.
  • Hasilkan  pelbagai jenis potongan sayur dengan mudah
  • Ada model siap dengan penguli

4. Penapis air pelbagai suhu

Perkakas Dapur

Penapis air pelbagai suhu merupakan salah satu peralatan dapur wajib milik. Nak bancuh air, susu bayi jadi mudah.

Kelebihan:

  • Air panas/air sejuk sentiasa ada
  • Mudah bancuh air, susu atau masak maggi

5. Mixer elektrik (stand mixer) 

Perkakas Dapur

Untuk mak-mak yang suka baking,  stand mixer ni memudahkan kerja menggaul, mengguli doh. Tak perlu guna tangan. Bersih, cepat dan hasil doh pun gebu!

Kelebihan:

  • Konsisten & cepat.
  • Banyak aksesori: whisk, dough hook, paddle.
  • Sesuai untuk kek, roti, biskut.

6. Periuk nasi pintar

Perkakas Dapur

Sekarang periuk nasi dah ‘multifunction’. Bukan takat boleh masak nasi. tapi boleh buat bubur, kek, sup dan kadang-kadang masak lauk sekali!

Tak perlu jaga dapur. Anak balik sekolah, suami balik kerja boleh terus makan.

Kelebihan:

  • Mudah dikendalikan.
  • Auto warm – nasi sentiasa panas.
  • Sesetengah model ada fungsi pressure cooker sekali.

7. Ketuhar mini (mini oven)

Perkakas Dapur

Boleh masak menu barat & tempatan. Macam-macam masakan anda boleh buat antaranya ayam bakar, pizza, lasagna,  roti dan kek. Anak-anak pun excited nak makan dekat rumah.

Kelebihan:

  • Saiz kecil, jimat ruang.
  • Fungsi grill, roast, bake.
  • Lebih ekonomi dari oven besar.

Dapur moden, lebih mudah mak-mak beraksi!

Dapur bukan sekadar tempat masak ia merupakan medan dimana-mana para isteri dan mak-mak beraksi menyiapkan pelbagai masakan dengan penuh kasih sayang. Dengan bantuan peralatan dapur yang canggih, memasak boleh jadi aktiviti yang sangat menyenangkan.

Jadi, mak-mak semua dah  perkakasan diatas atau belum? Kalau belum, bolehlah mula kumpul satu-satu. Tak rugi, semua perkakasan dapur ni pelaburan untuk keselesaan hidup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN