PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-07-29 05:22:34
Memang tidak dapt dinafikan, menu masakan yang berasaskan daging memang sedap dan menyelerakan. Tetapi kalau tidak dimasak dengan cara yang betul, daging mungkin menjadi liat dan agak sukar untuk dikunyah.
Oleh itu, terdapat petua yang boleh digunakan untuk menghasilkan daging yang empuk dan tidak liat. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian daripada Awatif Osman
1. Potong daging lawan urat
Semasa memotong daging, kenal pasti dulu ‘urat’ daging. Kemudian, potongkan lawan arah supaya urat itu terputus. Ini dapat memudahkan daging menjadi empuk.
2. Rendam bersama bikarbonat
Sapukan daging dengan soda bikarbonat supaya dapat mengurangkan masa untuk menunggu daging menjadi lembut. Bila daging sudah agak lembut, bilaskan dahulu sebelum memasak.
3. Rebus daging sambil tutup periuk.
Menutup periuk semasa daging sedang dimasak ini membantu untuk mempercepat proses daging menjadi lembut. Letakkan lesung batu atau apa saja yang berat untuk mengelakkan wap air terkeluar.
Kredit: The Healthy Post.com
4. Rebus bersama kurma
Bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan rasa manis-manis buah dan secara automatik daging pun akan menjadi lembut. Masa memasak bergantung pada paras air dan juga api.
Kredit: Hellodoctor.com
5. Rebus bersama nanas
Nanas ini sifatnya memang tajam. Secara saintifiknya, fungsi nanas ini mampu melembutkan daging dan membuat rasa daging pun lebih enak. Bilangan hirisan nanas bergantung pada saiz periuk untuk memasak daging. Kalau guna periuk yang kecil, satu ke dua hirisan nanas pun sudah memadai.
Kredit: Dailyrakyat
Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!