Categories: ArtikelInformasi

5 Restoran Nasi Padang Yang Famous Dengan Pelbagai Jenis Lauk Di KL

Nasi Padang sebenarnya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Nasi ini ialah salah satu hidangan paling popular di negara jiran.Nasi padanga adalah nasi kukus yang disajikan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti daging, ikan, sayur-sayuran, kari, dan sambal.

Kalau nak pergi Indonesia macam jauh sangat kan? Haa di dalam artikel ini kami akan berkongsikan senarai restoran yang menjual nasi padang yang sedap di sekitar Kuala Lumpur.

1. Restoran Sederhana

Restoran Sederhana ini adalah salah satu tempat popular untuk orang ramai makan tengah hari. Restoran ini terletak di Chow Kit di KL. Di restoran ini, mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada daging hingga lah ikan. Haa selain tu, sayur – sayur dan tempe pun ada tau. Apa yang menarik ialah Restoran Sederhana sendiri merupakan restoran popular di Indonesia yang menyajikan nasi padang yang sedap.

Alamat: 373 & 385, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

2. Restoran Rose

Satu lagi restoran popular untuk nasi padang ialah Restaurant Rose. Restoran ini menyajikan nasi padang dengan resipi asli dari Indonesia. Selain daripada nasi padang yang sedap di sini, Restaurant Rose juga terkenal dengan satenya yang sedap, lembut dan yang paling best, harganya sangat berpatutan.

Alamat: 49a, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

3. Restoran Grand Garuda Baru

Garuda ialah satu lagi restoran popular dari Indonesia dan ia juga telah membuka cawangannya di negara kita. Restoran Grand Garuda Baru menawarkan banyak hidangan untuk dipilih di samping harganya yang sangat berpatutan. Anda wajib makan ayam bakar dan ayam goreng mereka sebab rasanya fuhh memang sedap. Selain itu, di sini juga ada beberapa jenis rendang untuk makan bersama nasi padang.

Alamat: 176, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

4. Restoran Nasi Kapau

Restoran Nasi Kapau ini bukan sahaja popular dengan nasi padangnya, malah di sini juga ramai orang akan makan nasi kapau mereka. Restoran ini sudah pun gterkenal dengan rakyat kita, kerana harganya yang murah dengan kualiti makanan yang sangat sedap.

Alamat: 379, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur

5. Restaurant Nasi Padang Kg. Baru-Putra

Restoran Nasi Padang Kg. Baru-Putra menawarkan pelbagai jenis daging kari, ikan dan sayur-sayuran. Selain itu, makanan bergoreng seperti ayam dan ikan juga tau. Apa yang menariknya restoran ni ialah, harganya sangatlah murah. Memang rugilah kalau anda tak datang ke sini.

Alamat: Kampung Padang Balang, 51000 Kuala Lumpur

Kalau anda teringinkan makanan Indonesia, anda wajib datang ke restoran yang kami searaikan di atas. Memang dijamin sedaplah!

Sumber: Lifestyleasia

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago