Selain daripada makanan Barat dan makanan Thai, tidak dinafikan orang kita juga ramai yang tergilakan makanan korea. Tambah pula dengan pengaruh K-pop dan K-drama yang popular di Malaysia kan. Kalau anda sedang tercari-cari mana restoran Korea yang sedap, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
5 Restoran Korea Sedap Di Sekitar KL, Tak Perlu Was-Was Sebab Dijamin Halal:
1. K Street
Restoran ini merupakan sebuah kedai Korea yang agak popular di SS15, Subang Jaya. Dan yang paling pentingnya, kedai ini halal dan sedap.
Antara menu yang patut anda try di sini ialah kimchi, bibimbap, bulgogi, dakgalbi, jajangmyeon dan ramen. Hidangan-hidangan ini bersaiz besar tau jadi memang berbaloi lah kalau makan. Dah la sedap, kenyang pula.
Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
2. Sweetree Restaurant
Kalau anda orang Ampang, anda pasti tahu kedai ini. Restoran ini adalah sebuah kedai korea yang agak popular di kawasan Ampang.
Di sini ada berbagai jenis makanan Korea yang patut anda try. Sebut sahaja menunya pasti ada di sini. Antaranya ialah Gochujang Glazed Fried Chicken. Ayam dia pedas pedas manis dan makan pulak dengan cheese, fuh memang layan.
Selain itu, menu lain juga boleh tahan sedapnya juga! Anda jangan lupa cuba tauu
Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11.30 malam
3. Eid Authentic Korean Cuisine – Bangi
Kalau dah ada nama Authentic, mestilah keaslian makanan korea itu terjamin. Kat sini, bukan je banyak pilihan makanan, sedap pun sedap memang tak rugi kalau anda makan di sini.
Keaslian hidangan di sini juga turut diakui oleh pelanggannya. “Rasa seperti makanan di negara Korea” merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh salah seorang pengunjung restoran ini.
Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11.30 malam
4. B. bap Korean Food
Kalau korang tertanya-tanya keistimewaan restoran korea ni kan haa kedai ini menjual bibimbap yang pastinya sedap dan halal. Ramai pelanggan di sini juga bersetuju yang bibimbap di sini sangatlah sedap dan sama rasa dengan bibimbap asli dari Korea.
Selain bibimbap, kimchi juga merupakan antara menu yang wajib anda pesan. Kimchi-jigae, kimchi pancake dan kimchi friend rice merupakan antara menu yang tersedap.
Kalau anda sedap berjalan-jalan di Nu Sentral tu, jangan lupa singgah tau!
Alamat: Lot GF08, Nu Sentral,, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
5. Kung Jung Korean Restaurant
Lepasni, anda dah tak perlu pergi ke Korea untuk merasai makanan mereka. Anda juga boleh menikmati hidangan Korea yang asli dan lazat di Kung Jung Korean Restaurant di Kl je tau.
Set BBQ merupakan hidangan yang menjadi pilihan ramai kalau singgah makan di sini. Ada berbagai jenis lauk yang boleh diambil. Daging di sini juga mendapat sambutan hangat tau sebab kesegaran daging mereka tu.
Alamat: Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana, Jln Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 pagi – 2 petang & 6 petang – 10 malam
Menarik kan senarai restoran korea ni? Haa kalau anda tiba-tiba craving nak makan makanan Korea, jangan lupa singgah kedai korea di atas tau!
Sumber: @Saji.My