PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-22 17:48:54

Selain ayam goreng, ikan goreng juga menjadi salah satu menu simple kegemaran semua. Tak kisahlah kanak-kanak atau dewasa, makan nasi panas berlaukkan ikan goreng memang nikmat! Lagi-lagi bila ikan goreng tu digoreng rangup.. fuhh syoknya!

Ada beberapa cara dah bahan yang boleh membuat ikan goreng lebih rangup. Haa jom kita ikuti tips ni!

1. CUCI IKAN DENGAN BETUL

Punca ikan meletup-letup semasa digoreng ni sebab keadaannya yang masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, contohnya ikan keli yang biasanya berlendir.

2 cara untuk membersihkan lendir:

i) Limau nipis – Tabur sedikit limau nipis dan sedikit garam halus.

ii) Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Biarkan ikan diperap seketika dengan tepung gandum dalam 15 minit.

Kedua-dua cara ni juga dapat bantu mengurangkan bau hanyir ikan yang nak digoreng.

 

2. PERAP DENGAN ASAM JAWA

Menggunakan asam jawa sebagai perapan juga sangat berkesan untuk menjadikan ikan goreng lebih enak dan tak melekat. Ia juga berfungsi untuk memejalkan isi ikan, so tak adalah isi ikan tu hancur berderai.

Cara ini biasanya digunakan untuk ikan yang sudah kurang segar atau dah lama diletakkan dalam peti ais.

 

3. PANASKAN KUALI DAN MINYAK DENGAN SEMPURNA

Panaskan kuali terlebih dahulu,kemudian tuang minyak dan biarkan dulu hingga minyaknya cukup panas Seeloknya letaklah minyak yang banyak, jangan cukup-cukup untuk ikan.

Tips nak tahu minyak dah panas ke belum, cuba uji dengan beberapa biji beras atau keropok. Kalau mengembang dengan cepat, maksudnya ia dah cukup panas. Masaa ni lah yang sesuai untuk kita masukkan ikan ke dalam kuali supaya tidak melekat.

Tapi, jangan biarkan minyak terlalu panas! Sebab ni akan menyebabkan ikan akan melekat-lekat dalam kuali.

 

4. BAHAN SALUT SECUKUPNYA

Biasanya kalau nak bagi ikan goreng lebih rangup, ramai yang akan gunakan serbuk kunyit yang secukupnya supaya membaluti ikan. Selain itu, boleh juga gunakan sedikit tepung beras untuk salut ikan sbelum digoreng. 

Celupan telur turut membantu memberi hasil gorengan yang lebih cantik. Selepas celup telur, salutkan ikan dengan tepung atau serbuk roti. Korang akan puas hati dengan hasil gorengan tu nanti!

 

5. SEBELUM MENGGORENG

Ada beberapa bahan yang boleh digunakan untuk mengelakkan ikan daripada meletup. Antaranya:

i) Asam Keping & Halia – Gorengkan dahulu beberapa asam keping sebelum menggoreng ikan.

ii) Garam – Taburkan sedikit garam dalam minyak panas. Kemudian, baru boleh goreng ikan seperti biasa.

iii) Kulit Bawang – Kulit bawang  dapat membantu ikan goreng kurang melekat pada kuali. Masukkan sekali kulit bawang bersama ikan semasa menggoreng.

 

Siap! Selamat mencuba! Dah boleh kurangkan makan kat luar ni, kita dah reti masak sendiri sedap-sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN