5 Lokasi Lemang Paling ‘Top’ Yang Wajib Anda Singgah Di KL & Selangor

Setiap tahun, seminggu sebelum raya, rakyat Malaysia pasti akan mula mencari lemang. Tapi, pasti anda pening kan dekat mana nak cari gerai yang jual lemang yang sedap dengan kualiti yang bagus? Haa anda tidak perlu risau lagi. Berikut ialah senarai sehenti penjual lemang yang sedap di sekitar KL dan Selangor.

Lemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di di KL dan Selangor:

1. Lemang Daun Lerek Greenwood

Lemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di KL Dan Selangor

Terletak di Jalan Batu Caves, Lemang Daun Lerek Greenwood merupakan pilihan utama bagi penduduk di kawasan ini kerana nasi dan bau lemangnya yang lembut dan wangi. Gerai ini selalunya akan dibuka setiap tahun, harga untuk lemangnya pula adalah diantara RM16 dan RM20. Selain lemang, gerai ini juga ada menjual Lemang pulut hitam dan dua jenis rendang yang sangat sedap iaitu rendang basah dan rendang kering.

Alamat: Jalan Batu Caves, Kampung Tengah Lembah Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: Dibuka setiap hari. 8 PAGI – 10 MALAM

Hubungi: 012-615-8852

2. Lemang Bonda Subang

Lemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di KL Dan Selangor

Keistimewaan Lemang Bonda Subang ini adalah anda hanya boleh dapatkan lemang mereka semasa Ramadan dan Hari Raya je tau. Haa, jadi bila gerai ni bukak je memang ramai orang beli la sebab rasa lemang mereka memang dijamin sedap. Lemang mereka juga dijual diantara RM12 dan RM15 je.  Untuk menu lain pun ada tau, mereka ada menjual lemang jagung dan pulut hitam iaitu menu popular mereka.

Alamat: Lot 3674, Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Dibuka setiap hari. 10 PAGI – 11 MALAM

Hubungi: 017-237-6156

3. Pak Ali Lemang Asli

Lemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di KL Dan Selangor

Pak Ali Lemang Asli adalah salah satu tempat kegemaran orang ramai untuk beli lemang. Gerai ini terletak di lebuh raya MRR2. Apa yang istimewanya lemang mereka ni adalah kerana nasinya yang lembut. Selain tu, rendang daging mereka yang lembut dan sedap ni memang dijamin sedap lah. Haa, kalau anda nak ke gerai ni, pastikan anda datang awal tau kalau tak anda kena beratur panjang pulak!

Alamat: Jalan MRR2, Batus, 68000 Ulu Klang, Selangor

Waktu operasi: 9 pagi – 10 malam

Hubungi: 012-254-0969

4. No.1 Lan Lomang Al Azim

Lemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di KL Dan Selangor

Tiada sesiapa pun akan berani menolak lemang dengan serunding Lan Lomang Al Azim ni tau sebab rasa dia memang power! Dengan harga dari RM14 hingga RM20, anda boleh mendapatkan lemang yang pelbagai saiz tau. Lauk-pauk lain seperti serunding daging, serunding ayam dan rendang ayam pun ada dijual di sini. Anda memang wajib datang ke gerai ini!

Alamat: Jalan Dato Senu 3, Taman Dato Senu, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 8 pagi – 8 malam.

Hubungi: 016-318-7014

5. Lemang 12 

Lemang Terbaik Yang Wajib Anda Beli Di KL Dan Selangor

Bagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya, adan wajib pergi ke Lemang 12. Menu kat sini terdiri daripada lemang istimewa mereka iaitu lemang pulut hitam dan lemang jagung. Ramai orang suka dengan lemang mereka ni sebab nasinya yang wangi dan anda juga boleh beli lemang mengukit size kerana mereka ada menyediakan empat jenis saiz iaitu kecil, sederhana, besar dan lebih besar.

Alamat: PJCC ,Jalan PJS 2, Petaling Jaya,Selangor, Jalan PJS 2, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Dibuka setiap hari. 10 PAGI – 8 MALAM

Hubungi: 012-334-4007 (Ira) / 013-246-8007 (HJ Jan)

Raya dah nak dekat ni kan? Ini lah masanya untuk and serbu gerai lemang di atas! Selamat mencuba semua.

Sumber: lifestyleasia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN