Disebabkan harga minyak masak semakin naik, kemungkinan gaya hidup kita juga akan berubah jika semakin sikit menggunakan minyak.
Ini min hendak kongsikan sedikit idea bagi anda yang ingin kurangkan penggunaan minyak masak. Jimat masa, duit dan kacang jer.
Ini kerana, memasak lauk jenis kukus dan stim adalah yang paling senang sekali untuk dibuat lagi-lagi bagi orang yang bekerjaya dan sudah berkeluarga.
Mesti berselera je nanti nak makan plus, dapatlah kurangkan kalori makanan pada masa yang sama.
Meh kita scroll sikit 5 jenis lauk kukus yang anda boleh cuba.
1. Ikan Asam Rebus
Bahan A:
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai – 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa
Bahan B : Dikisar / Tumbuk
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar – 1 labu
Bawang putih – 2 ulas
Belacan – setengah inci
Kunyit – setengah inci
Caranya:
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.
2. Sotong Sumbat Masam Manis
Bahan A:
500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia muda | hiris halus
2 biji cili merah | cincang halus
Garam secukup rasa
Bahan B: Untuk Disumbat Dalam Sotong
1 biji tauhu putih | kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Caranya:
1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Panaskan pengukus.
3. Sumbat sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
6. Sementara itu sediakan sos.
7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
11. Sotong sedia dihidangkan.
3. Siakap Kukus Limau
Bahan:
1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Cara memasaknya:
1. Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
2. Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
3. Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.
4. Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
5. Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
6. Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.
7. Kukus kembali selama 5 minit.
8. Angkat dan hidangkan.
Baca Juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini
4. Ayam Kukus Taucu
Bahan A:
2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
3 sudu makan tauchu | kisar
4 ulas bawang merah | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun bawang | hiris memanjang
2 biji cili merah | cincang halus
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam | jika perlu
Gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak masak
Bahan B: Untuk Dikisar
3cm halia muda
2 ulas bawang putih
Cara masak:
1. Panaskan pengukus.
2. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
3. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
4. Sementara itu sediakan sos.
5. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
5. Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
6. Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
7. Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
8. Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
5. Bawal Stim Halia
Bahan A:
1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu the lada sulah
4cm halia muda | hiris memanjang
1/2 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
5 biji cili padi | titik
1 batang serai | titik
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak
Bahan Hiasan:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit hirisan limau nipis
Bahan Kisar:
2cm halia muda
1 ulas bawang putih
Cara-caranya:
1. Panaskan pengukus.
2. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
3. Kukus lebih kurang 10-15 minit.
4. Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
5. Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
6. Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
7. Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
8. Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
9. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
10. Ikan kukus sedia dihidangkan.