PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-10-08 04:43:15
Apabila hendak memasak nasi, pasti ada di antara ibu-ibu yang pening memikirkan cara untuk membuang kutu beras. Walaupun sudah menjemur beras di bawah matahari, namun kutu-kutu ini tetap juga membiak. Tambahan lagi, kutu beras ini bukannya sedikit dan ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuangnya satu per satu. Jangan risau, ini ada beberapa tips yang ibu-ibu boleh ikuti. Jom baca!
4 TIPS HILANGKAN KUTU BERAS DENGAN CEPAT
- Cili Kering
Cili kering ini memang sifatnya panas dan pedih apabila disentuh. Jadi, dengan menggunakan cili kering, ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kutu-kutu beras kerana terkena cili kering. Caranya, potongkan cili kering kepada dua dan letakkan ke dalam bekas beras. Namun, jangan lupa untuk menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
- Daun Pandan & Daun Limau Purut
Kredit: Sirap LimauSelain mengeluarkan bau-bau harum dan menghilangkan bau hapak beras, kedua-dua daun ini sebenarnya turut memberikan aroma yang tidak menyenangkan pada kutu beras. Caranya, keringkan dahulu daun pandan ini dan kemudian masukkan ke dalam beras anda. Letakkan pada atas permukaan beras dan juga dibawah beras supaya kutu tidak akan mengerumuni beras lagi.
- Kulit Kayu Manis
Kredit: Hello Doktor
Walaupun kulit kayu manis ini memberikan rasa yang kuat pada makanan, ia tidak akan menjejaskan rasa beras. Sebaliknya, ia akan mewangikan lagi beras anda. Paling penting adalah ia akan menyahkan lagi kutu daripada membiak di dalam beras anda. Caranya adalah dengan meletakkan beberapa kulit kayu manis ke dalam beras dan lihat sendiri hasilnya.
- Asam Keping
Kredit: Mingguan WanitaKutu beras juga cukup tidak suka dengan bau asam keping. Ini bermakna kutu beras akan menjauhi beras sekiranya asam keping diletakkan di dalam bekas beras anda. Letakkan sahaja beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman.
Mudah saja kan? Selepas ini, ibu-ibu di rumah sudah tidak perlu pening lagi memikirkan kutu beras ini. Semoga bermanfaat!