Rupa-rupanya, ini senarai 10 makanan yang tak boleh dimakan secara mentah. Ramai yang ambil enteng tentang hal ini dan menyebabkan badan mengalami keracunan dan pencemaran makanan.
Sebelum masuk ke dalam perut, hampir semua makanan yang kita makan setiap hari bermula dari bahan mentah. Bahan mentah ini kemudian diolah untuk menjadi hidangan melalui proses seperti digoreng, dikukus, direbus, atau ditumis.
Ini termasuk sayur-sayuran, daging, dan lain-lain. Ada yang percaya bahawa makan sayuran secara mentah lebih baik kerana proses memasak dianggap dapat menghilangkan beberapa nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Baca juga: Kenali 10 Tanda Makanan Sudah Basi Dan Cara Nak Elak Supaya Tak Sakit
Namun, kenyataannya, tidak semua makanan baik untuk dimakan mentah atau belum dimasak. Bukan itu saja, beberapa makanan ini berisiko menyebabkan penyakit jika tidak dimasak terlebih dahulu.
Pastinya, kita tidak mahu terkena penyakit disebabkan hal sebeginikan? Berikut adalah 10 jenis makanan yang lebih baik dimasak daripada dimakan mentah-mentah.
1. Telur: Boleh menyebabkan risiko keracunan bakteria seperti Salmonella.
2. Daging: Makanan seperti daging ayam, daging babi, dan daging sapi mentah boleh mengandungi bakteria dan parasit.
3. Ikan: Risiko keracunan dengan bakteria dan parasit seperti Anisakis.
4. Sayuran yang Tidak Dibersihkan: Sayuran yang tidak dibersihkan dengan baik boleh mengandungi bakteria atau kotoran.
5. Keju: Keju yang tidak diproses boleh mengandungi bakteria yang berpotensi membahayakan.
6. Kerang: Risiko keracunan bakteria dan virus.
7. Brokoli: Mengandungi senyawa sulforaphane yang mungkin sulit dicerna dalam keadaan mentah.
8. Kentang: Mengandungi toksin solanin yang dapat menyebabkan masalah pencernaan.
9. Taugeh: Risiko bakteria dan kontaminasi lain jika tidak dimasak.
10. Biji-bijian: Beberapa biji-bijian seperti kacang tanah mentah mengandungi zat anti-nutrisi yang dapat menyebabkan masalah pencernaan.
Penting untuk memastikan makanan dimasak dengan baik untuk mengurangkan risiko pencemaran dan keracunan makanan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Popmama
Baca juga: Rahsia Bunga Cengkih Yang Ramai Tak Tahu, Memang Mujarab!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…