10 kedai makan famous di ipoh yang wajib and cuba

Anda bercadang untuk bercuti ke Ipoh tapi tak tahu kedai makan famous di Ipoh? Anda datang ke tempat yang betul! Jom kita explore 10 kedai makan famous di Ipoh.

Seperti yang kita tahu, Ipoh merupakan sebuah bandar yang popular dengan keunikan bangunan dan tarikan pelancongannya seperti Gua Kek Lok Tong dan Kellie’s Castle. Di sini juga terdapat banyak tempat makan yang sedap yang patut anda semua cuba jika ke Ipoh.

Di bawah terdapat senarai kedai makan yang famous di Ipoh yang pastinya tidak akan mengecewakan anda. Jadi kalau anda ada plan nak ke Ipoh, boleh makan di kedai dalam senarai dibawah ini.

1. Restoran New Hollywood 

10 kedai makan famous di ipoh yang wajib anda cuba

Restoran ni memang popular sejak dari dulu lagi. Kalau anda ke Ipoh tapi tak datang ke Restoran ini anda memang rugi lah. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan tetapi kebanyakkannya berasaskan makanan cina dan makanan yang paling popular di restoran ini mestilah Chee Chong Fun! memang beratur orang nak beli. Harga makanan di restoran ini pun amatlah murah dan berpatutan. Anda wajib cuba makan di sini.

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 10 pm)

Antara menu popular di Restoran Hollywood

2. Nasi Ganja Kedai Kopi Yong Suan @ Ipoh

10 kedai makan famous di ipoh yang patut and cuba

Restoran ini merupakan antara restoran yang paling selalu orang datang untuk merasai menu terkenal mereka iaitu Nasi Ganja. Bukan itu sahaja, sesiapa saja yang datang makan di sini pasti pinggan mereka penuh dengan berbagai lauk-pauk dek kerana rambang mata untuk memilih. Kalau makan di sini memang akan kenyang seharian!

Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 4pm)

Nasi ganja adalah antara menu utama di restoran ini

3. Miker Food

 

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan barat. Menu popular mereka adalah Tom Yam dan Pizza. Dengan kuantitinya yang besar dan harganya yang berpatutan, memang sangat berbaloi jika anda datang makan di sini. Selain itu, restoran ini juga terletak bersebelahan dengan sungai Riverfront, permandangannya sangat cantik dan amat sesuai untuk berkumpul makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Alamat: Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 11pm)

Antara menu famous di restoran ini

4. Suhaimi Cafe

10 tempat makan famous di ipoh

Ramai orang kalau ke kafe ini pasti akan order Roti Benggali yang dicicah bersama kari ayam yang pekat. Dan untuk minuman pula, ramai orang menggemari air Kopi Vietnam yang pekat likat cukup rasanya. Kafe ini memang sangat terkenal dengan hidangan sarapan pagi mereka.

Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (7.45 am – 12 pm)

Menu terkenal di Suhaimi Cafe

5. Green Town Dimsum Café

10 kedai makan famous di ipoh

Restoran ini menyajikan makanan cina dan menu terkenal mereka mestilah Dimsum! tetapi selain dimsum, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis mee dan nasi. Antara dimsum yang boleh anda cuba ialah Fried Prawn Dumplings yang disyorkan oleh ramai orang dan Fried Radish Cake juga wajib anda cuba, dijamin sedap! Walau bagaimanapun, kepada umat Islam, jangan risau dengan makanan cina yang dihidangkan di sini kerana restoran ini memiliki sijil halal.

Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 9pm), ditutup pada hari Selasa

Antara menu utama mereka

6. Ipoh Hainan Chicken Rice

10 kedai makan famous di ipoh

Teringin nak makan nasi ayam? Jom la singgah Ipoh Hainan Chicken Rice. Keistimewaan Nasi Ayam Hainan di sini adalah ayam panggangnya yang  manis serta juicy isinya. Tidak dapat dinafikan nasi ayam disini memang disukai ramai orang kerana rasanya yang lebih asli dan sedap.

Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30am – 10pm)

Nasi ayam adalah menu terkenal mereka

7.  Konda Kondi Cafe & Bistro

10 kedai makan famous di ipoh

Haa kalau teringin nak makan makanan barat tengah malam, ini lah tempatnya. Antara menu yang anda patut cuba di sini ialah Beef Spaghetti, Chicken Chop, Brownies with Ice Cream, Nachos dan banyak lagi. Harganya berpatutan, berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Suasana kafe ini juga amatlah sesuai untuk orang muda yang nak lepak bersama rakan-rakan.

Alamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (6pm – 12am), tutup pada hari Selasa

Menu terkenal di cafe ini

8. Moss Eatery @Jalan Besar, Tambun

10 kedai famous di ipoh

Moss Eatery menyajikan makanan melayu tempatan seperti Nasi Kukus dan Cucur Udang yang ranggup dan lembut di dalam. Restoran ini juga sangat sesuai untuk dijadikan port lepak bersama rakan-rakan dan keluarga kerana suasana kedainya yang sangat cantik, aesthetic dan luas.

Alamat: NO.11 & NO.13 Jalan Besar Tambun, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (3pm – 11 pm), tutup pada hari selasa

Antara makanan famous di Moss Eatery

9. Gerai Nasi Goreng Udang Ipoh, Perak

10 kedai famous di ipoh

Gerai ini dari luaran kelihatan seperti gerai biasa sahaja tapi ramai yang tidak tahu bahawa gerai ini ada satu hidangan yang menjadi kegilaan ramai iaitu nasi goreng udang. Sudah tentulah ianya bukan nasi goreng udang yang biasa kerana kuantiti udangnya yang sangat banyak dan rasanya juga sedap. Memang berbaloilah kalau anda makan disini.

Alamat: 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (4 pm – 12.15 am)

Nasi goreng udang yang famous di kedai ini

10. Restoran M. Salim

10 kedai makan famous di ipoh

Restoran M.Salim legend yang sudah beroperasi selama 50 tahun ini menyajikan kari kepala ikan yang sangat pekat dan likat memang akan buat orang terpikat selepas mencuba kari mereka.

Alamat: 75, Jalan Tokong, Taman Hoover, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (630am – 10pm) Jumaat (630am – 1pm, 2pm – 10pm)

nasi kandar antara menu famous di kedai M.salim

Sumber: @teallyfe

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN