Categories: ArtikelInformasi

10 Juadah Yang Popular Di Bazar Ramadhan

Setiap kali bulan puasa tiba, bazar Ramadan merupakan destinasi yang akan dikunjungi rakyat Malaysia. Ramai orang ke bazar ramadhan untuk mencari makanan yang mudah untuk makan dan ada juga yang ke bazar untuk mencuba sesuatu makanan yang lain daripada yang lain. Walaupun bazar ramadhan dipenuhi dengan seribu satu jenis makanan, tetapi ada 10 juadah yang akan dicari orang ramai dari dulu hingga kini. Ini adalah 10 juadah yang popular di bazar ramadhan setiap tahun:

1. Tepung Pelita

Haa, pergi la kemana-mana bazar ramadhan pun, pasti anda akan nampak ramai orang beratur untuk membeli kuih Tepung Pelita ini. Tapi, memang tak dapat dinafikan rasa Tepung Pelita yang sangat sedap dengan teksturnya yang lembut dan cair dalam mulut sebab itulah ia menjadi kuih paling digemari sepanjang Ramadan. Tepung Pelita dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.

2. Popiah Basah

Popiah basah adalah antara kuih popular dan dicari-cari pengunjung bazar Ramadan. Memang jaranglah kalau tak nampak gerainya orang tak beratur. Popiah basah sangat digemari ramai kerana rasanya yang pedas, lembut diluar, tetapi sayuran di dalam yang memberikan kerangupan. Memang favourite ramai la.

3. Murtabak

Murtabak daging dan ayam adalah antara makanan yang sangat popular semasa bulan Ramadan. Murtabak selalunya kita akan makan dengan kuah bawang cuka dan kuah kari yang pekat memikat. Tambah pula, murtabak zaman sekarang ini diberikan banyak rasa tambahan, contohnya tambah cheese  fuhh lagi bertambah sedap untuk dimakan!

4. Roti John

Walaupun Roti John senang dan boleh dibuat dirumah, tapi ramai yang suka untuk membeli roti john di bazar Ramadhan kerana ia boleh didapati dalam roti yang bersaiz panjang. Bukan tu je, Roti John juga akan disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran ramai semestinya lah roti john ayam yang ditambah cheese! Memang nikmat inti ayam bersalut telur, mayonis, sos cili dan sos blackpepper ini terasa selepas mengigitnya!

5. Ayam Percik

Tak sah kalau tak nampak asap berkepul-kepul di bazar kan? Haa, itulah tempat orang menjual Ayam Percik! Ayam percik ni memang ramai yang beratur untuk beli. Mana tidaknya, dia punya bau sahaja pun dah cukup membuatkan kita terliur dan tak sabar untuk berbuka.

6. Sate

Sate juga merupakan juadah yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Masuk je bazar ramadhan memang dah dapat bau sate ini. Ia dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang. Hidangan tradisional ini pastinya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa.

7.  Kebab

Kebab kebiasaanya akan menjadi juadah yang dibeli bagi merekayang rambang mata, tak tahu juadah yang mana nak dibeli di bazar Ramadhan. Ia biasanya diapit dalam roti pita bersama sayuran, sos cili dan mayonis.

8. Ikan Bakar

Hidangan ikan bakar ini selalunya akan dihidangkan dengan air asam atau pun sos pencicah yang sangat sedap dan pasti akan membuka selera anda jika dimakan bersama nasi putih sewaktu berbuka. Selalunya ikan bakar yang paling diminati ramai adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.

9. Nasi Tomato

Di pasar Ramadhan, memang tak sah kalau tiada Nasi Tomato ini. Nasi Tomato adalah antara juadah yang simple tapi diminati ramai orang.

10. Air Mangga

Air Jus sejak beberapa tahun lalu telah mencipta populariti tersendiri dan menjadi menu minuman yang sangat dicari di bazar Ramadan kini. Tetapi, Air Manga lah antara air yang pasti akan dicari orang ramai kerana rasa manis dan kesegarannya.

Sumber: Buzzkini

Wan N

Recent Posts

Belanjawan Malaysia 2027 Bawa Berita Baik, Harga Ikan, Ayam & Sayur Ditawar Sehingga 30% Lebih Murah

Harga barang dapur antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai, terutama bagi keluarga yang menyediakan…

16 hours ago

Resipi Sos Yogurt Homemade Rendah Karbohidrat, Nak Makan Dengan Salad Atau Ayam Pun Boleh!

Resipi sos yogurt homemade ini sesuai untuk anda yang mahukan sos berkrim dengan rasa segar…

17 hours ago

Belanjawan 2027, SARA Kini Boleh Digunakan Untuk Beli Barang Basah & Segar Di 216 Pasar Tani Terlibat

Antara pengumuman yang menarik perhatian dalam Belanjawan 2027 ialah peningkatan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…

17 hours ago

Campur Semua Dalam Mangkuk & Kukus! Resipi Ayam Halia Ini Mudah, Juicy & Penuh Rasa

Ayam halia kukus ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan sedap tanpa perlu menghabiskan…

18 hours ago

Kari Telur Berempah Dengan Kuah Pekat Menyelerakan, Letak Dua Sayur Ini Pula Lagi ‘Syahdu’!

Resepi kari telur ini sesuai untuk mereka yang menggemari kuah kari pekat, berempah dan sedikit…

20 hours ago

Resipi Tomyam Putih Ringkas Tanpa Pes, Rasa Lebih Masam Pedas Berlemak Barulah ‘Kick’!

Resipi tomyam putih tanpa pes ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati tomyam ala Thai…

21 hours ago