cookies ala famous amos

Siapa je yang tak pernah merasa Cookies Famous Amos kan? Wajib merasa setiap kali singgah ke pusat beli belah. Musim raya pun dah nak dekat, tentu pening nak buat biskut raya apa di rumah. Jom simpan perkongsiaan ini dulu.

Resipi cookies ala famous amos ini memang ringkas dan mudah je. Tapi rasanya pula terasa premium gitu. 

Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Bila menjelang je hari raya, macam-macam jenis biskut kita akan jumpa kan. Tapi yang ni mungkin tak semua rumah dah pernah buat. Nak buat aktiviti bersama anak-anak pun boleh jadi lebih meriah!

Korang pun mesti tertarik tengok cookies ni kan. Bila baca komen di Facebook, ada juga yang kata pernah jumpa biskut ni kat rumah kengkawan. Dan memang sedap sangat rasanya. Nampak kelasss ye! Sampai ada yang dah save resepi ni untuk buat raya haji nanti.

Tak perlu tunggu raya haji pun, biskut ni sangat mudah nak buat. Korang nak buat open house nanti, bolehlah buat biskut ni sekali. Mudah sangat.

Lebih 2.3k shares di Facebook, resipi asal oleh Baizura Muhammad ini telah dikongsikan semula oleh Eiya Eiliya di laman Facebook. Memang cantik naik gebu cookies nya. Jom kita cuba!


RESIPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS

cookies famous amos

Bahan-bahan:

  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan Brown Sugar
  • 1 sudu kecil Essence Vanila
  • 1 biji Telur Gred A
  • 2 1/2 cawan 
  • 1/2 cawan Tepung Jagung
  • 1 sudu kecil 
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 6 sudu besar Minyak Masak
  • 2 cawan Coklat Cip
  • Almond nips / almond flakes – optional

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan butter 250gm, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecil dan telur sebiji. Kacau bagi sebati. Tak perlu guna mixer. Kacau secara perlahan.

2. Masukkan tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecil, baking powder 1 sudu kecil dan minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati secara perlahan-lahan.

3. Bila dah sebati, masukkan 2 cawan chocolate chip. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu.

4. Kalau rasa nak tambah badam nips ke almond flakes ke cornflakes ke or nestum ke tambah je ikut citarasa masing-masing.

5. Adunan yang dah siap tu masukkan dalam fridge 30 minit. Pastikan adunan itu jadi keras sikit dari sebelum itu.

6. Sapu tray dengan butter, cubit sikit letak jarak-jarak dalam tray supaya cookies tak melekat antara satu sama lain.

7. Sebelum tu panaskan oven suhu 150’ , guna api atas bawah dan kipas on. Bila oven dah panas bakar selama 20 minit. Tengok adunan tu betul-betul tak perlu tekan adunan bagi penyek, just cubit sikit letak je dalam tray.

8. Masa keluar biskut ni lembut sikit tau, dah sejuk nanti baru crunchy. Boleh lah ngap!


Raya kan sebulan, nak buat bila-bila pun boleh biskut ni. Seronok buat biskut ni ramai-ramai. Selamat mencuba! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN