Umai ikan merupakan salah satu makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak. Sushi kaum Melanau diperbuat daripada ikan tenggiri, ikan bawal hitam atau ikan pirang. Jom cuba resepi unik yang dikongsikan oleh Rynie76 di Cookpad.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15-30 min
PENYEDIAAN

5-6 orang
HIDANGAN

UMAI IKAN

Umai ikan merupakan salah satu makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak. Sushi kaum Melanau diperbuat daripada ikan tenggiri, ikan bawal hitam atau ikan pirang. Jom cuba resepi unik yang dikongsikan oleh Rynie76 di Cookpad.

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan tenggiri/bawal hitam/pirang di buang tulang

  • 5-10 biji cili padi ditumbuk

  • 1/2 mangkuk jus limau kasturi (dibuang biji)

  • 5-8 ulas bawang merah – ditumbuk

  • Sedikit kulit limau kasturi

  • Bawang besar (potong memanjang)

  • Sedikit belacan

  • Garam dan ajinomoto

Kredit: Rynie76

CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan dan asingkan tulang dengan isi sebab hanya akan makan isi sahaja tanpa tulang.

  • Setelah diasingkan daripada tulang, potong isi ikan kecil-kecil dan biarkan di tepi.

  • Tumbuk cili, bawang merah dan belacan.

  • Setelah halus gaulkan bersama isi ikan tadi. Masukkan jus limau, garam dan ajinomoto. Masukan hirisan bawang besar dan sedikit kulit limau tadi. Perap seketika selama 10-15 min sehingga ikan telah mengeluarkan air. Boleh di makan bersama ulam-ulaman, nasi atau sagu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.