PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-03-19 04:08:49

Pernah tak korang rasa tak puas hati dengan cara korang masak ataupun korang rasa benda tu
tak patut jadi? Okay, harini kitorang nak kongsikan sedikit tips yang boleh korang ikut untuk
dapatkan desired results korang.

SENARIO 1: Telur Rebus Susah Nak Kupaslah!
Cara Penyelesaian: Letak cuka.

Korang tau tak kalau korang letak sedikit cuka ke dalam air masa tengah rebus telur tu boleh
buat telur senang untuk dikupas? Tak percaya? Trylah buat. Lepasni korang boleh cakap
selamat tinggal dekat telur yang susah nak kupas!

SENARIO 2: Nak Telur Mata Yang Perfect!
Cara Penyelesaian: Tutup api lepas telur hampir siap masak.

Sebenarnya senang je nak dapatkan telur mata yang sedap mata memandang. Caranya ialah korang goreng telur dekat dalam kuali yang anti lekat & bila telur putih tu hampir nak masak, korang letak beberapa titik air & tutup kuali tu dengan penutup. Kecilkan api ataupun korang tutup
terus api & tinggal dalam seminit dua sampai telur tu masak sepenuhnya. Gerentilah jadi telur
mata yang perfect!

SENARIO 3: Susahnya Nak Buang Kulit Bawang Putih!
Cara Penyelesaian: Cari garlic presser.

Kulit bawang putih ni sebenarnya annoying juga nak buang. Kalau korang jenis yang bukan
penyabar, korang boleh beli garlic presser. Memang senang boleh asingkan kulit dia dari isi
dalam. Tapi isi dia akan cantik je tak hancur pun. Cubalah!

SENARIO 4: Nak Daging Stik Yang Berjus, Taknak Dia Kering!
Cara Penyelesaian: Letak atas aluminum foil lepas siap masak/gril.

Daging stik yang ‘well-done’ ni tak sepatutnya kering. Cara untuk korang elakkan daging stik
korang dari kering ialah dengan cara letakkan daging tersebut di atas aluminum foil lepas
daging tu dimasak/gril. Lepastu, balut daging tu dengan aluminum foil tu & biarkan selama 5
minit. Ini akan menyebabkan jus dari daging tu tak hilang.

SENARIO 5: Nak Pasta Yang Cukup Rasa!
Cara Penyelesaian: Tambah garam dalam air rebusan pasta.

Kalau korang rasa pasta korang dah cukup sedap selama ni, korang try dulu trick ni. Masukkan
1-2 sudu garam dalam periuk besar, kacau sampai garam tu larut & apabila air tu mendidih,
korang letak pasta. Nampak simple je tapi ni gerenti boleh tambah perisa lah dalam pasta
korang tu!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN