PENULIS

najahnurul

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2021-02-11

Bagi orang yang rajin ke dapur, mesti tahu yang ikan pari ini mempunyai satu bau seperti bau hancing. Sebenarnya bau hancing ini adalah disebabkan oleh pemakanan yang diambilnya. Jadi kalau kita nak beli ikan pari, kena pastikan kita ambil yang betul-betul segar. Tapi sekiranya korang dah pilih yang betul-betul segar tapi masih mempunya bau hancing tu jom cuba tips siang dan bersihkan ikan pari yang telah dikongsikan oleh Akak Phop di Cookpad!

Kredit: Akak Phop

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan pari saiz sederhana
  • 2 batang daun pokok jambu golok (ketereh) lebih kurang 10 helai
  • 1 besen air

CARA-CARANYA

  1. Potong ikan pari bermula dari atas berdekatan dengan matanya. Bawa pisau ke bawah sehingga kearah ekor.
  2. Potong cara yang sama di sayap sebelah. Buang sahaja bahagian tengah ikan pari.
  3. Kemudian buang kulit dengan cara siat. Kadang-kadang kalau pari saiz kecik tak perlu buang sebab kulitnya tidak tebal.
  4. Isi air di dalam besen dan masukkan ikan pari.
  5. Ambil daun pokok jambu golok, ramas-ramaskan daunnya dan campur sekali di dalam air rendaman ikan pari.
  6. Gosok-gosok ikan pari bersama daun tersebut dan biarkan sekejap selama 10-15 minit. Kemudian buang air, basuh bersih dan siap.

TIPS

Ikan pari yang dibuang kulitnya sesuai untuk dimasak dalam masakan yang berkuah manakala ikan pari yang tidak dibuang kulit lebih baik di untuk dibakar sahaja.