Setiap kali masak sambal, paling renyah nak kena bersihkan dapur. Kali ini, kami kongsikan tips kurangkan percikan minyak yang anda boleh gunakan semasa masak sambal.
Boleh dikatakan semua orang akan memasak sambal pada setiap hari, terutama buat peniaga nasi lemak atau nasi campur. Maklumlah, tak lengkap sesuatu hidangan tanpa sambal di sisi.
Kami yakin setiap orang pernah hadapi pengalaman minyak yang sering terpercik semasa memasak sambal, sampaikan ada yang stres dan tak berapa suka masak sambal di dapur.
Dapur pula antara ruang rumah yang sering digunakan. Jika tak dibersihkan, boleh membuat sesiapa yang pergi ke dapur jadi tak selesa. Silap-silap, suami atau mentua pun tegur nanti.
Sebenarnya nak masak sambal tanpa renyah ini tak susah mana pun kerana anda hanya perlu ikut tips kurangkan percikan minyak semasa masak sambal ini. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Cuci Kuali Non-Stick Supaya Tak Cepat Rosak, Hasilnya Lebih Tahan Lama!
TIPS KURANGKAN PERCIKAN MINYAK SEMASA MASAK SAMBAL
1. Kisar bahan-bahan dengan minyak. Langkah ini untuk mengurangkan kandungan air dalam tumisan.
2. Kecilkan api semasa menumis.
3. Pilih kuali non-stik (anti-lekat).
4. Gunakan kuali yang besar supaya kawasan percikan minyak itu menjadi luas.
5. Jika tumisan tetap mengandungi air, maka tumis tanpa minyak dahulu banyak kisaran itu sehingga sebahagian air tersejat, kemudian baru masukkan minyak dan tumis seperti biasa.
6. Gunakan penutup periuk ketika percikan sudah mula kelihatan. Lebih baik jika gunakan penutup periuk yang mempunyai lubang kecil bagi membebaskan wap air.
7. Tambahkan bahan berasid (secukup rasa) seperti asam jawa, cuka atau asam keping. Langkah ini boleh mempercepatkan kadar air meruap daripada masakan sekaligus proses pecah minyak cepat berlaku.
Selepas guna tips kurangkan percikan minyak ini, anda akan puas hati dengan hasilnya. Sambal jadi kurang terpercik, sekaligus membuatkan dapur anda lebih bersih dan sedap mata memandang.
Cara ini sangat berguna buat mereka yang sering memasak di dapur, terutamanya mak-mak. Oleh itu, jangan lupa untuk amalkannya mulai hari ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber: iamiza
Baca juga: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya