Korang pernah tak bila dah kisar cili kering sahaja, mula lah pengisar korang ada sisa cili and pengisar menjadi warna merah. Kalau nak kisar benda lain pula, bau daripada cili tersebut masih melekat.
Sebenarnya ada cara yang betul yang boleh korang lakukan untuk mencuci pengisar sehingga betul-betul bersih dan dapat hilangkan bau yang melekat. Jom cuba tips yang berguna ini.
Bahan-bahan
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan air
Cara-Cara
- Masukkan tepung gandum dan air ke dalam pengisar.
- Kisarkan kesemua bahan tersebut sehingga hilang segala kekotoran dan bau pada pengisar.
- Buat sehingga rasa puas hati.
Selamat mencuba!
Sumber: Umie Wati