Selalunya kalau makan daging lembut mesti kena beli daging ‘premium’ contohnya daging batang pinang. Tapi daging tersebut harganya lebih mahal berbanding daging yang biasa, nak beli selalu lari bajet lah kan?
Tapi jangan risau! Kalau korang ikut tips ini, pasti daging biasa yang korang beli akan lembut dan tidak liat. Nak tahu apa rahsianya? Jom cuba tips goreng daging lembut.
1. Potong daging kecil-kecil
Mula-mula sebelum kita menggoreng daging, korang perlu lah potong daging kecil-kecil supaya cepat ianya masak dan memudahkan proses untuk menggoreng.
2. Guna api sederhana
Untuk menggoreng daging, korang perlu guna api yang sederhana sahaja supaya daging masak dengan baik. Jangan guna api kuat kerana risau daging bentan. Selepas air daging sudah kering, boleh angkat dah.
3. Tumbuk daging
Setelah selesai menggoreng daging, perkara yang perlu korang buat supaya daging menjadi lembut adalah dengan menumbuk daging menggunakan lesung batu. Jangan tumbuk sehingga lunyai sebab taknak daging menjadi terlalu hancur.
Sumber: Maya Epryna