tip pilih mangga manis

Siapa dekat sini peminat buah mangga? Mesti nak tahu tip pilih mangga yang manis dan ranum kan. MyResipi ingin kongsikan petua memilih supaya tak rugi bila dah terbeli buah masam. 

Baca juga: Tip Pilih Durian BANYAK Isi, Baru Rasa Berbaloi Nak Beli!

Terdapat beberapa cara untuk memilih mangga yang manis, salah satunya adalah dengan melihat kulitnya. Baca perkongsian penuh dari Encik Mansur Tompo ini. 


TIP PILIH MANGGA YANG MANIS DAN RANUM

tip pilih mangga

1. Check tangkai buah mangga. Mangga yang telah masak mempunyai getah yang sedikit pada tangkainya. Tangkainya juga terlihat lubang di bahagian dalam. Tangkai mangga yang belum matang dan masih muda akan terlihat seperti digunting dan terdapat banyak getah.

2. Perhatikan bentuk buah mangga. Mangga yang telah masak umumnya berbentuk bulat dan berisi padat terutama sekali di bahagian hujung atas.

3. Cium bau mangga terlebih dahulu. Mangga yang telah masak sempurna memiliki aroma yang harum, bersesuaian dengan isinya yang manis. Mangga yang belum cukup masak kurang aroma nya berbanding yang telah matang.

4. Kulit mangga yang telah masak sempurna biasanya lebih nipis berbanding mangga yang masih muda, serta berwarna kekuningan.

Bagi mangga hijau pula, warna hijau tua bermaksud manga tersebut masih belum matang manakala warna hijau yang agak muda dan mempunyai beberapa tompok hitam bermaksud mangga sudah pun matang. Elakkan membeli mangga kuning yang mempunyai kulit yang terdapat banyak bintik atau lebam kerana ia bermaksud keadaan mangga dah tak elok.

Jangan pilih mangga yang kulitnya berkedut sebab ia menandakan yang mangga dipetik terlalu awal dan dipaksa matang.

5. Pilih mangga yang isi nya sedikit lembut, kerana ia menandakan mangga baru nak matang. Jangan pilih yang isi nya keras sebab dah tentu ia belum masak, dan jangan pula pilih yang lembik kerana buah tersebut sudah terlalu masak.


Semoga bermanfaat! 

Baca juga: Thermo Pot Ada Kesan Kuning? Ini Cara Hilangkan Guna SATU Bahan Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN