Alamak blender ada kesan kunyit? Ini ada tip hilangkan kesan kuning dalam pengisar kerana kunyit dan juga bau cili yang anda boleh cuba.
Jika anda menggunakan bahan ini setiap hari, kesannya pasti akan melekat. Lama kelamaan, ia menjadi lebih jelas dan bau pengisar tidak akan sebati.
Baca juga: Tip Bungkus Beras TAHAN LAMA Untuk Simpanan Darurat
Dah basuh pun warna masih melekat pada warna kuning tu dan baunya kurang menyenangkan membuatkan kita rasa nak basuh pun tak bersih.
Ikuti perkongsian tip dari Noor Lela Abdul Samad yang anda boleh cuba.
TIP HILANGKAN KESAN KUNING DALAM BLENDER
Blender ada satu, kalau dah selalu guna untuk kisar cili dan bawang, bau memang melekat lah. Belum lagi kisar dengan kunyit, Kadang itu walaupun dah direndam semalaman dan disental berjam-jam lamanya, masih ada bau.
Jadi, memang tak seronok kalau nak kisar jus atau adunan nak buat kuih. Risau nanti rasa dan bau bawang dan kunyit turut melekat pulak. Boleh tengok bahan-bahan untuk hilangkan kesan kuning dan bau.
1. Petua limau nipis dan beras
Bahannya:
- 1 biji limau nipis
- 3 sudu makan beras
- Air secukupnya
Caranya, potongkan limau nipis kecil-kecil. Kemudian, masukkan beras dan air ke dalam blender. Masukkan pula limau yang dipotong tadi dan kisar.
Kisar dalam 15 – 20 saat dan tuang bahan kisar ke dalam bekas lain. Cuci bersih blender.
** Bahan kisar usah dibuang – kita boleh gunakan untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender untuk hilangkan kesan kuning degil dan juga bau
2. Petua guna garam
Caranya: Basuh blender menggunakan segenggam garam kasar, kalau tak ada, boleh guna garam halus dan juga sebiji limau nipis, perah airnya saja. Kalau rendam sekejap lagi bagus. Kemudian cuci dan basuh seperti biasa.
3. Petua guna kelapa parut
Caranya: Ambil sikit kelapa parut, air dan masukkan ke dalam blender. Blend beberapa saat. Hasilnya, kesan kuning dan rasa pedas tu semua hilang, Insyaallah.
4. Petua guna Soda bikarbonat
Caranya: Campurkan 2 sudu bikarbonat, 2 sudu garam kasar, sedikit cecair pencuci dan 2 cawan air paip ke dalam blender.
Kemudian blend. Pastikan semua dinding jug blender terkena dengan air bancuhan tadi. Lepas itu, cuci dan basuh seperti biasa.
5. Petua Lemon dan soda bikarbonat
Caranya: campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan jus lemon. Kemudian guna campuran tadi untuk cuci dan gosok blender. Bila dah puas hati, basuh dan cuci dengan air seperti biasa.
Selepas ini dah tak perlu risau kalau ada satu saja blender di rumah. Cuci bersih blender guna petua-petua ni. Kemudian, bolehlah guna untuk blend buah atau adunan kek.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Noor Lela Abdul Samad
Baca juga: Tip Elak Pisau Tumpul Cepat, Jangan Pernah Skip Nombor 5 Itu!