lalat

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit.

Disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Serangga perosak ini juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai.

Artikel berkaitan: “Baca Mantera Ke?”, Lelaki Kongsi Resipi Guna Suara Lalat Buat Netizen Terhibur

Walau bagaimanapun, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Deria lalat yang kuat memang bertumpu kepada jenis makanan yang kurang enak baunya seperti belacan ataupun ikan yang belum dimasak.

Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka hinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Anda dah beli macam-macam produk untuk menghalau lalat ni tapi tak berkesan. Ok apa kata cuba 6 petua kami kongsikan ni:

6 Cara Halau Lalat

1. Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3. Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4. Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

5. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

6. Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda.

‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.

Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN