Menemen merupakan salah satu menu sarapan pagi di Turki. Di Turki, sarapan pagi merupakan sebahagian tradisi keluarga yang penting. Menu ini merupakan gabungan daripada sayuran dan telur, sesuai untuk orang yang nak kurangkan berat badan. Jom cuba resepi mudah dan sedap yang telah dikongsikan oleh Mai Belajar Masak di Cookpad!

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

20 min
PENYEDIAAN

2 orang
HIDANGAN

MENEMEN

Menemen merupakan salah satu menu sarapan pagi di Turki. Di Turki, sarapan pagi merupakan sebahagian tradisi keluarga yang penting. Menu ini merupakan gabungan daripada sayuran dan telur, sesuai untuk orang yang nak kurangkan berat badan. Jom cuba resepi mudah dan sedap yang telah dikongsikan oleh Mai Belajar Masak di Cookpad!

BAHAN-BAHAN
BAHAN – BAHAN MENEMEN
  • 3 sudu besar minyak jagung

  • 1 tin sos spaghetti traditional atau cendawan Prego.

  • 1/2 tin air (sukat guna tin Prego)

  • 1 biji bawang holland – hiris nipis

  • 8 ulas bawang putih dihiris nipis

  • 5 batang sosej koktail dihiris nipis

  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1-2 sudu besar sos cili

  • 2 biji telur

BAHAN-BAHAN HIDANGAN BERSAMA
  • Roti garlic

  • Montou

  • Roti sourdough

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak jagung. Masukkan sosej dan goreng sehingga layu atau masak.

  • Masukkan bawang putih dan bawang holland.

  • Bila dah naik bau, masukkan sos spaghetti dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.

  • Bila hampir masak. Pecahkan telur secara berhati-hati di atas menemen tadi. Jangan bagi pecah.

  • Tutup dengan penutup kuali sehingga telur betul-betul masak. Angkat dan boleh dinikmati bersama roti kegemaran.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.